Monday, October 26, 2009

JALAN JALAN MAKAN KEK....

Semalam ...actually tengah malam tadi, kak E pulun buat kek Carot yang kat bawah ni. bukan apa dah janji dengan member ofis nak bawakan ari ni. So subuh tadi pulun gak membeating cream cheese untuk toping sebab member ofis request nakkan kek dengan toping cream cheesenya sekali. So tadi dah selamat la membahagikan kek ni pada semua member ofis..puas hati sebab dapat fulfill request org...kalau tak rasa mcm berbelah bahagi sebab org berharap pada kita. Yang coklat kek tu ari jumaat punya..anak sedara yang request. dia nak donat dan coklat kek..yang dapat kek coklat je sebab dah tak sempat nak buat...tapi kek ni buatan amatur la...so tak le cun mcm chef2 yang lain..heheheh..so apa lagi jom le kita baham......

Tuesday, October 20, 2009

SEJENAK MERENUNG.....

For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being

Monday, October 19, 2009

RESEPI SIHAT...

Minggu lepas dok jengok2 blog sifu memasak yang femes tu..Kak Hanieliza hanieliza@blogspot.com, terpandang la resipi gulai ayam jus tomato. Resipi Kak liza ni simple2 je dan menyelerakan tanpa menggunakan santan ,Kak E pun try la..mmg sedap dan yang penting ianya sihat. So semalam masa g shopping kat giant kota damansara terjumpa plak roti baget wholemil apalagi sambar le satu..so pagi ni breakfast kita baget dengan gulai ayam jus tomato ..jom makan..

Friday, October 16, 2009

DAH MAI DAH MOOD MEMASAK...

Walaaaa.....tu dia dah mai dah mood memasak kak E..hahaha. BUTTER CAKE WITH CREAM N STRAWBERI.....Semalam walaupun sampai umah pkul 6.30pm sempat lagi menunaikan impian anak sedara kak E yang nakkan kek strawberi. Tula org tua2 kata di mana ada kemahuan di situ ada jaan...heheheh. Actually premix butter cake mmg dah ada sebab time posa ari kak E terbeli 2 pack so bila dah ada premix cuma kena tambah telur, butter n esen vanila then di ovenkan. Anak sedara kak E ni request tart strawberi n moist coklat cake but sorry lah my darling ni je yang sempat buat. deco atas kek dia yang buat sebab dah excited ... katanya nak bawa ke sekolah nak makan dengan mber2 dia. Kak E buatkan buttercream and ada plak lebihan coklat rice so taburkan je. Strawberi tu yang anak sedara kak E petik di CM ari tu. Ada 2 box lagi..tapi nampak macam nak kena abiskan gak minggu ni kalau tak mmg kena buang je..so layan la gambo kek tu ye...

Thursday, October 15, 2009

BROKOLI ,CHEESE N BREAD PUDING

Asalnya dari resipi bread puding tapi kak E tambah le tuna,cheese dan brokoli..ala- ala nak jadikan resipi yang sihat ke kononnya. Lagi pun kak E beli brokoli kat Cameron ari tu dekat 3 kilo..hahaha so menu selepas ni kalau tak brokoli ...strawberi...or baby kailan..or zukini...hahahha...2 minggu vegetarian le..so layan la resipi ni ya.. gambo puding sebelum d ovenkan..gambo selepas di ovenkan tak sempat nak ambik...abis licin..hehehe..
bahannya;
1.Roti gardenia 8 keping ( kalau loyang besar ..byk le rotinya) roti ni buang kerak tepi dia dan susun di dasar loyang. loyang di sapu dgn butter earlier.

2.untuk bahan kastard; 3 cwn susu segar, 1 cwn whipping cream, 3 biji telur, 1 tin tuna ( tuna in water), sedikit lada putih dan lada hitam, sedikit garam, brokoli. semua bahan kastard di masukkan dalm food processor..mix it together.

3.susun roti then tuang kastard then susun roti then tuang kastard. Bakar selama 45 minit with 220C. Makan dengan sos cili or sos tomato...

Monday, October 12, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA...

last weekend..kak E join adik kak E makan angin kat Cameron Highland. Last kak E g sana is 10 years ago..lama sungguh nooo. Sejuknya masih sedingin dulu..cuma dulu kak E guna jalan tapah..bersimpang siur jalannya..kalau yang tak tahan peningnye boleh termuntah2 di buatnye..kalau dah sorang dalam keta muntah alamatnya boleh jadi 1 keta pun nak termuntah jugak kan...tapi sekarang dah ada highway simpang pulai tu..smooth la tripnye..its take 1 hour untuk sampai ke CM ni from simpang pulai tol.
bandar brinchang from hotel view..10 year ago ni lah tapak pasar malam setiap sabtu malam di CM tapi sekarang dah perpindah ke depan Balai Polis. Dah banyak hotel-hotel baru kat sini..yang kak E nampak waktu malam ..banyak old-old couple dinner berdua2an..bestnye..ada melayu cina and india..tempat sejuk dan dingin beginilah yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat kan...syok tengok old-old couple yang masih erat memegang tangan berjalan dan enjoy spend masa tua bersama2....
Ni aksi anak sedara kak E memetik strawberi..dia ni minat peminat fanatik buah strawberi. Most of the starwberi farm kat CM offer self pick starwberi..sekilo rm40. Memang la mahal berbanding yg jual kat Pasar malam tu tapi tahan lama sikit. Kalau yang jual kat pasar malam tu 2 hari dah lain macam dah..so berbaloi la kalau bayar rm 40 pun...puas makan la. Tengok strawberi yang kite org petik..cun kan...so nanti kak E post kan resepi yang menggunakan strawberi ni..tungggguuuuu...

Monday, October 5, 2009

MAJLIS "OPEN HOUSE" KAT OFIS...

Jumaat minggu lepas, geng2 ofis yang tidak berpeluang buat open house tahun ni sepakat semua nak buat open house kat ofis so 5 jabatan bergabung tenaga dan fulus untuk menjayakan open house tu...gambo teratas tu gambo geng2 yang merangkap urusetianya...ramaiiiiii..
sebelum di mulakan majlis...kami semua sedekahkan al fatihah kepada 2 bekas rakan sekerja yang telah kembali ke rahmatullah pada awal syawal yang lalu..terkejut sangat bila menerima berita pemergian mereka berdua..
antara juadah wajib rumah terbuka...semua menu hasil air tangan urusetia..kalau nak tau rendang ayam kat atas tu hasil air tangan lelaki tau..pak cik nizam dan pak cik mie..tapi yang pak cik mie punya rendang most hasil bini dia la...hehehe. yang pak cik nizam mmg konfom dia yang buat..dia mmg tererr masak .
yang ni menu kak E...tempah la. tak larat buat sendiri. Kak E buat triffle tapi bila nak gi snap pic dah tinggal tupperware je..banyak lagi pencuci mulut yang ada..kak as bawa puding karemel dia..kak yat bawa puding laici dan kak wat bawa the femes rojak buah dia...semua malatop sedapnya...
Ni antara jemputan yang datang ari tu...thanks you so much guys sebab sudi datang ke majlis itu...