Showing posts with label menu ringkas. Show all posts
Showing posts with label menu ringkas. Show all posts

Monday, July 27, 2009

TERAMAT LA RAJINNNNYEEE...





MEE GORENG FISHBALL & TAUGEH HIJAU DAN PIE TEE..


semalam dah gamak dek kerana gerhana matahari ar tu..kerajinan yang melampau dah menerjah dalam diri kak E. menu minum petang sampai 2 jenis. Rupanye nak buat pie tee ni memerlukan kesabaran dan skill yang tinggi. Kalau kak E ...rasanya ni la yang pertama dan terakhir kak E buat pie tee...lain kali beli je..hahaha. Nak menyampaikan 25 pcs sarung pie tee tu punye lah lama. mana tak nye..siap 5 ketui..dah kena songlap dek anak sedara 3 orang tu tinggal 2 je. Resepi pie tee ni kak E ambik dlm buku resepi tapi ramuannya tak menjadi so kak E sendiri repair ramuannya...boleh la d makan. setakat kak E masih dok mencari ramuan pie tee mcm kat the chicken rice shop tu..mmg sedap kan.

Thursday, July 2, 2009

KUIH PERIA & KERABU MANGGA


KUIH PERIA
kak E beli kuih ni kat mak cik sebelah umah kak E. Dia niaga nasi lemak pagi2. so memandangkan ari ni ada meeting kat ofis kak E beli lah beberapa jenis kuih termasuk le kuih peria ni. Mak cik tu kata ni kuih tradisional org perak. Mak cik tu mmg pandai buat kuih almaklumlah org lama2 ni mmg teliti ramuannya. Kak E mmg suka beli kuih kat mak cik tu sbb rasa nya mmg macam nenek2 kita yang buat...sedaaaaapppp sangat.

KERABU MANGGA....
semalam tetiba ternampak mangga yang sesuai untuk di buat kerabu mangga ...so apa lagi kak E beli le 6 biji. Ramuan nak buat kerabu mangga senang banget...cili api, garam,gula,sos ikan, bawang merah, sotong ketuk,air limau nipis n kacang tanah di tumbuk kasar...and of course le buah mangga. Tak semua jenis mangga sedap di buat kerabu. Yang sedap tu jenis buah dia lonjong sikit bentuk dia..rasa dia tak masam and tak manis..tawar le sebab tu sedap buat kerabu.

Monday, June 15, 2009

MEE SINGELET..


MEE SINGELET....
ari sabtu malam..sedang dok lepak2 kat umah teringin plak nak makan mee sup. belek2 ais box ada le sayuran nak di perabihkan so kak E main campak2 je le. kak E buat kuah dia berkicap sikit..Satu petua yang kak E nak kongsi dengan semua ialah ...cili padi ni kalau tak nak kasi dia pedas yang menyengat tu..pasti jumlah dia ganjil..contohnya..3 biji ke..5 biji ke..jgn angka genap 2 or 4 .. try tgk mesti ada beza...ni petua aruah nenek kak E dari keturunan Minang tu....
Mee dia plak kak E guna mee cintan yang lebaq2 tu...so kak E namakan resipi ni mee singelet...hehehe layan je la...
bahannye...
1 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
2 ulas bawang putih di ketuk
fish ball
1 btg karot
1 biji buah tomato
3 biji cili api di ketuk
1 keping tauhu di goreng
1/2 kuib ikan bilis.
1 keping mee cake cintan - direndam air panas..( mee lebaq2 tu...dia tak ada perencah dalamnye)
minyak untuk menumis
lada sulah + lada hitam
daun sup & bawang goreng untuk hiasan.
tumis garlic + karot + buah tomato+ cili api kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,minyak bijan + fish ball. tambah air 1/2 cawan then masukkan kuib ikan bilis. perasakan garam + gula + lada sulah + lada hitam ..ikut citarasa masing. then masukkan mee..then tabur daun sup yg dihiris + bawang goreng....wallllaaaaaahhhh...ready to eat..MEE SINGELET..

Friday, May 29, 2009

JEJEMPUT OR CUCUR....


CUCUR SAYUR TUNA...
semalam terasa nak makan jejemput or org utara called it CUCOOQ..
di sebabkan nak mengabihkan stok tepung gandum,taugeh,lobak merah dan tuna so kak E mixed adunan semua tu dengan menambah sedikit serbuk ikan bilis dan serbuk cili kasar,garam dan gula secukup rasa. ikut sukatan kak E...3 cawan tepung gandum, 1 cwn taugeh, 1 cwn parutan lobak merah, 1/2 kiub serbuk ikan bilis, 1 sudu kecil serbuk cili kasar...pastu tu bancuh dengan air ..masukkan sikit2 dulu air tu... then kacau hingga sebati dan sedikit pekat...so jadilah cucooq sayur tuna...sedap.(so sori terpuji masakan sendiri...sapa lagi nak puji ye tak kalu tak diri sendiri....ampun). buah naga tu sekadar model tambahan je...lama dah tak makan buah naga teringin plak semalam.

Monday, May 25, 2009

MEE GORENG LADA HITAM

Kak E rasa mee goreng lada hitam di jamuan rumah terbuka raya tahun lepas..nenek kwan kak E yang gorengkan..mmg sedap sangat..so banyak kali dah try tapi tak menjadi...tapi yang ni dah hampir2 menjadi la. Kekadang rasa jemu gak asyik guna cili giling or cili boh untuk goreng mee or bihun kan tapi rasa pedas tu mesti nak kan...dah lidah melayu cam tu le...so try lah resipi ni
MEE GORENG LADA HITAM
Bahan-bahan;
1. 2 ketul tauhu + 2 ulas bawang putih di ketuk + sebelah bawang besar di hiris.
2. 1 biji buah tomato + 3 ulas cili padi ( kalau nak kurang pedas letak 1 biji dah le..)
3. 1/4 bungkus mee kuning
4. 1/2 kuib ikan bilis
5. 1 sudu besar serbuk lada hitam
6. 1/4 sudu besar serbuk lada putih
7. 1 sudu besar kicap pekat
8. 2 sudu besar kicap manis.
9. 1 biji telur
sedikit minyak untuk menumis.
garam & gula
Caranya..
tumis tauhu+bwg putih+bwg besar+ cili api sehingga garing. pastu masukkan 1 cawan air, kicap manis dan kicap pekat + kuib ikan bilis. biarkan mendidihkan. then masukkan buah tomato biarkan mendidihkan sekejap then pecahkan telur biarkan mendidihkan lagi kemudian masukkan kedua2 serbuk lada dan mee kuning. perasakan denga garam & gula secukup rasa.

Thursday, February 19, 2009

cream craker pie...






minggu ni minggu terapi memasak untuk kak E. ini lah cream craker pie inspirasi dari resipi mamafami. Kalau dah datang kerajinan yang melampau ni..jangan di tegur kata bonda kak E. layan je la. Budak2 ofis kak E dah faham bebenor dgn perangai kak E. Depa normally enjoy makan je apa yang kak E masak ni..kalau tak sedap depa Bagitau ..kalau sedap depa pulun sampai abis.So ni lah bahannye... intinya

  1. 1 bungkus mix veg, 2 btg carrot n 3 biji kentang (medium size). carrot n kentang di potong dadu kecil2.

  2. isi ayam di hiris kecil2. Bawang besar 2 biji, bawang putih 4 ulas . kedua2 bawang di cincang dadu.

  3. 1/2 cawan unsalted butter & 1/2 cawan minyak zaitun ( apa2 minyak pun boleh guna).

  4. 3 sudu besar lada hitam yang di tumbuk kasar. 1/2 cawan whipping cream. 2 sudu besar stok ayam. garam n gula secukup rasa.

caranye;

panaskan minyak dengan butter. then tumiskan daging ayam n kedua2 bawang cincang. lepas 3 minit masukkan kentang n carrot. kacau pastu tambahkan 4 cawan air. biar masakan mendidih sampai kentang lembut. kalau kentang masih keras lagi tambahkan air.

Bila kentang dah lembut masukkan lada hitam,sos tiram n stok ayam, kacau. Then lepas 3 minit masukkan mix veg n whip cream. perasakan dengan garam n gula. ketepi.

      untuk membuat lapisan cream craker;
    1. 1 bungkus cream craker munchy.

    2. 1 cawan santan harmuni di didihkan dengan 2 cawan botol susu uht (low fat). setelah mendidid, rendam cream craker ke dalam adunan ini jangan sampai hancur semua...rendam ala2 bagi dia lembut sikit tu....
    3. Then susun cream craker tu dlm loyang yang telah di sapu dengan butter. susun lapis by lapis selang seli dengan intinya.
    4. then bakar for about 40 minit dgn suhu sederhana. ( 190 - 220)
    5. selamat mencuba...

    Friday, February 13, 2009

    sardinroll...menu minum ptg untuk bonda



    Ayahanda n Bonda kak E datang melawat cucu-cucu depa kat KL. So semlm depa mai tido umah kak E. sebagai anak yang nak tunjuk skill memasak kak E pun prepare la sardinroll ni untuk minum petang...terkejuk gak bonda kak E. Tapi dia layan gak le perangai anak dia yang rajin 3 tahun sekali ni...ahaks.

    Kak E celup resepi ni dari blog kak Hanieliza. cuma ramuan untuk batter dia kak E ambik resepi dari kylie kwong punye program. 2 biji telur di mixed dgn 4 sudu besar tepung gandum dan campur dgn 2 biji ais batu. selamat mencuba...

    Monday, January 19, 2009

    PASTA SOS PUTIH











    semlm masak pasta sos putih ni sbb 3 anak dara pinggitan ( anak sedara kak E) tu mai lepak kat umah kak E. Adik kak E tumpangkan anak dia sbb dia laki bini pi cuci umah baru depa. nak jadi citer Tv kat umah kak E rosak plak so terpaksa buat klaz memasak dgn anak buah kak E ni. ini lah hasilnye..pasta sos putih..sorang 2 mangkuk makan...
    bahan2
    1 bungkus pasta spiral
    2 ketul sosej ayam - di hiris kasar2
    1 biji capsicum ( cili cameron) - di potong kiub kecil2
    1 biji bawang besar (bawang besar yg kala kuning) - di cincang halus
    3 ulas bwg putih - di cincang hlaus
    3 btg saderi - di hiris2
    1/2 cwn stok ayam - kak e guna stok ayam maggi
    1/2 sudu besar lada hitam - di kisar kasar.
    1/2 cwn tepung gandum
    2 cwn air
    garam n gula secukup rasa.
    1/2 cwn unsalted butter .
    1. rebus pasta dulu sampai lembut. letak sikit minyak n secubit garam.
    2. tumis bawang besar n bawang putih dengan butter.
    3. naik bau, masukk cili capsicum, saderi n sosej ayam.
    4. pastu masukkan tepung gandum, kacau rata then masukkan stok ayam bersama2 air.
    5. sos akan memekat then masukkan lada hitam.
    6. gaulkan sos putih dgn pasta yang telah di rebus tadi...sedia untuk di makan.