Thursday, January 29, 2009

MAJLIS PERPISAHAN RAKAN OFIS..MAYA






Lunch tadi kitaorg buat farewell party untuk maya..pembantu am kat ofis kak E. Maya ( anak dara yg baju merah lengan hitam tu) dah 5 tahun kerja so sedih gak le time majlis tu. Sedih2 pun tambah gak 2 mangkuk soto yang di hidangkan.menu soto ni hasil sentuhan tangan puan watie@ kak wat ( yg dok tersenggih baju biru tu)..sambal kicap dia mmg malatoppp abissss. Sentuhan tangan kak E...begedil ayam je..


Puding laici sentuhan tangan kak yat..mmg famous puding laici kak yat ni..sooodaaappp










yang ni air tangan kak ash.. puding karamel. siap dengan mangkuk glamor lagi. Kak e yang ada diabetis pun langgar pantang makan manis gak dek kerana puding karamel kak ash...

Thursday, January 22, 2009

APA NAK JADI DUNIA SEKARANG.........

kes1,
BUANG ANAK TEPI TONG SAMPAH...

Ya Allah... nape la sanggup buang anak tepi tong sampah...ada ka patut bergaduh laki bini..anak jadi mangsa..awat la manusia ni banggang sangat sampai sanggup bertindak macam tu..
Tuhan anugerah depa zuriat untuk depa belai dan jaga ...supaya nanti anak2 dapat doakan nanti..

kes2,
IBUBAPA SAMAN ANAK...

pasangan suami isteri di Seremban menyaman anak perempuan mereka atas kegagalan membayar nafkah saraan hidup yang menyebabkan warga emas tersebut merempat setelah rumah dan tanah mereka di jual oleh anak perempuan mereka.

Alangkah baiknya kalau anak perempuan di sumpah jadi proton saga...dapat gak mak ayah dia ronda2 makan angin...
dunia...dunia...

Tuesday, January 20, 2009

BILA CELEBRITI BALAS EMAIL KITA....











Kak E ada bagi komen le dalam web en.mat gebu..tanyakan dia camne dia letak tulisan dalam pic2 yang cantek giler tu dlm web dia..tup2 mat balas. Fulamak sukanye kak E ..then terus kak E try web yg mat kasi tu...
Kak E kan kalau nak release tension kat ofis ni...kak E mesti buka mat gebu nye web..or kak hanieliza or kak rinchan...salin mana2 resepi yang kak E suka then kak E masak untuk adik beradik kak E or bawa ke ofis kak E...enjoy sangat bila mber2 ofis kak E dok pulun makan..
Tu lah cara kak e releasekan stress...nak gi spa jarang le,

Monday, January 19, 2009

tahun ni dah 38 tahun usia perkahwinan org tua Kak E..meaning kak E ni dah 37 tahun...patut le ari tu budak sales girl kat parkson call kak E " makcik"...alahai.

AYAHANDA & BONDA KU




MEJA OFISKU












1 strategi untuk menguruskan badan...waktu lunch abiskan masa ambik gamba meja ofis sendiri..hua..hua. Kak E target nak turunkan 30 kg dalam masa 6 bulan. Yelah bulan 6 ni Kak E nak check up doc..Doc dah warned kak E " kena turunkan berat ni ....org lain sakit makin kurus u ni sakit makin naik badan.." ...sabor je yelah...yang penting hati happyyyyy.....

PASTA GORENG BESA











pasta ni kak E masak sbb mber nak datang umah ari sabtu lepas. bosan dengan mee goreng so buat le pasta ni. bahan nye sama mcm masak mee goreng cuma takde taugeh n tauhu. kak E masukkan carrot, capsicum, cendawan n daun sup, fish ball,ayam n udang. selamat mencuba...

PASTA SOS PUTIH











semlm masak pasta sos putih ni sbb 3 anak dara pinggitan ( anak sedara kak E) tu mai lepak kat umah kak E. Adik kak E tumpangkan anak dia sbb dia laki bini pi cuci umah baru depa. nak jadi citer Tv kat umah kak E rosak plak so terpaksa buat klaz memasak dgn anak buah kak E ni. ini lah hasilnye..pasta sos putih..sorang 2 mangkuk makan...
bahan2
1 bungkus pasta spiral
2 ketul sosej ayam - di hiris kasar2
1 biji capsicum ( cili cameron) - di potong kiub kecil2
1 biji bawang besar (bawang besar yg kala kuning) - di cincang halus
3 ulas bwg putih - di cincang hlaus
3 btg saderi - di hiris2
1/2 cwn stok ayam - kak e guna stok ayam maggi
1/2 sudu besar lada hitam - di kisar kasar.
1/2 cwn tepung gandum
2 cwn air
garam n gula secukup rasa.
1/2 cwn unsalted butter .
1. rebus pasta dulu sampai lembut. letak sikit minyak n secubit garam.
2. tumis bawang besar n bawang putih dengan butter.
3. naik bau, masukk cili capsicum, saderi n sosej ayam.
4. pastu masukkan tepung gandum, kacau rata then masukkan stok ayam bersama2 air.
5. sos akan memekat then masukkan lada hitam.
6. gaulkan sos putih dgn pasta yang telah di rebus tadi...sedia untuk di makan.

Friday, January 16, 2009

sejenak terfikir....

Dulu kak E akui, kak E sering lalai dan terlupa bahawa diri kak E hanya hamba yang di berikan nikmat hidup di muka bumi ini. Dulu hati dan jiwa Kak E sentiasa kosong tapi Tuhan itu sesungguhnya Maha Pengasih dan Penyayang...kak E di beri peluang ke2 untuk berhijrah.

Bila something buruk happened...berhenti sekejap, tarikh nafas dan lihat lah secara positif. Jangan sesekali mengeluh dan berputus asa. kerana itulah kekuatan dalam diri kita yang kita tak pernah sedari. Mohon lah bantuan dari yang Esa agar kita lebih di rahmati dan di berkati...
insyaallah...

Monday, January 12, 2009

kak E dapat original resepi dalam blog kak rinchan..so ubah suai sikit pakai cucur lemak manis Adabi. resepi nye mcm ni..

4 biji telur
1/2 cawan gula perang ( kalau nak lebih manis ...tambah lagi
1 paket cucur lemak manis
1 1/2 cwn minyak jagung
1 cwn tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

pukul telur, gula perang n minyak. Pastu masuk semua bahan2 yang lain. bakar dalam paper cup dengan di tambah badam slice sebagai topping. Bakar dalam oven selama 15 minit dgn suhu 190 c.

mudah n sedap...

Muffin Cucur lemak Manis


Saturday, January 10, 2009

GELAGAT ANAK SEDARA AKU...




TERSENTUH HATI KU.....

tetiba aku terjengok ke blog...wan maisara..she suffer lung cancer and telah kembali ke rahmatullah oct lalu. hati aku amat tersentuh sekali kerana ketabahan gadis comel ini mengharungi penderitaan sakitnya..Aku pun pesakit kanser jugak..so membaca blog maisara menyentuh hati aku dalam sekali..semua yg dia lalui telah aku lalui..kimoterapi...pembedahan..rawatan susulan..ct scan..ubatan... now dah 3 tahun ...Tapi aku tak pernah rasa kekuatan dan nikmat hidup sebegini bermakna sebelum ini. Kanser buat aku lebih memgerti dan memahami erti kehidupan...

Alfatihah untuk maisara moga di tempat bersama org yg soleh.