Friday, August 28, 2009

7 RAMADAN....











yang atas tu pic anak sedara kak E yang kat serdang...2 beradik..apan n acap..panggilan manja depa.lagi tu pic menu berbuka semalam. nasi dagang n otak2..kuih muih. almaklumlah mulut 1 je nak makan..apa le sangat. Ramadan kali ni kak E hanya beli kuih muih..lauk kak E masak sendiri. ala masak simple2 je..bukannya susah pun. bukan apa tekak kali ni tak berapa selera dengan menu2 di bazar ramadan tu..lagi pun time berbuka kak E suka makan kuih n laksa or mee or bihun..nanti time soq (sahur) baru pekena nasi dan lauk. dah terbiasa mcm tu..

ASSALAMUALAIKUM..........Alhamdulillah dah masuk 7 ramadan ari ni. Walaupun cuaca dan macam2 yang happening kat malaysia ni kan tapi ramadan tetap kita lalui dengan penuh kesyukuran.
Ramadan kali ni adalah yang paling bahagia sekali bagi kak E kerana keputusan medical check up kak E yang semakin improved. After 3 kali result CA125 kak E yang membimbangkan tu kak E pun dah pasrah la for kimoterapi ,actually dah 2 tahun mcam tu...after 6 month follow up kak E punya CA125 getting worst. Oh ya for ur all pnya info CA125 is a blood test that indicate cancer. normal reading is 0 to 33 so...kak E was 174 when the 3rd test on julai... so Doc asked kak E to datang lagi after a month so on 20 Ogos kak E did the CA125 and...you all know what...Alhamdulillah...alhamdulillah.. it went down to 20...normal reading. terkejut kak E bila doc bagi tau..dan ramadan tahun ni kak E tak akan menyambut di spital macam tahun lepas......when driving back from spital tu...kak E terfikir la there must be something yang kak E dah done right..to reduce the recurrent. so kak E pun fikir la apa benda yang kak E tak pernah buat dulu.... Then it just pops in my minds,baru sebulan kak E start doing gym routine..every day for 1 hour or 1.5 hour. kak E akan jogging for 45 minutes and do the rower for 15 minutes and weight lifting for 120 kali..sebab kak E pernah terbaca..oksigen will kill the cancer cell in our blood thru exercise breathing..Cara breathing paling elok ialah nafas thru hidung and hembus kuar thru mulut...kak E mmg buat macam tu...tak sangka memberi kesan..
Tapi paling penting adalah jangan kusutkan fikiran kita dengan benda-benda yang bag kita stress.....jangan hitamkan hati dan jiwa kita dengan hasad dengki...trained our self to be positive always..kak E tak kata yang kak E ni sesempurna macam tu tapi kak E always try to train my self every day to be positive and redha..mmg kita takan dapat melakukan dalam sehari dua tapi demi masa sesungguhnya kita dalam kerugian jika kita tidak melakukan yang terbaik untuk hati dan jiwa kita...renung2kan lah..
ewwahhhhh ewah....dah jadi pakar motivasi plak yee...hehehe..insyallah kalau dapat menolong org lain apa salahnya.

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...
kak E ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap salam ramadan dan moga amal ibadat kita di berkati pada semua yang sudi membaca blog kak E ni...insyaallah..

Saturday, August 15, 2009

ADUHAI PUDING KU LEMBIK...



Tak tau le nape..puding karamel kak E tak menjadi hari ni..Huhuhu. Puding ni plak actually di order oleh mber ofis... untuk jamuan kat rumah dia ptg ni. Terpaksa la mohon ampun dan maaf pagi2 lagi kat mber ofis kak E tu..cian dia. Dah 2 minggu dia lock in order..

Kena le balik rumah nanti buat CSI ni. Apa yang silapnye.. bau dan warna dah mengancam giler tapi lombik aaihhhhh....aduhhhhh bikin gue gerammmmm banget ni.....

Friday, August 14, 2009

BEGINILAH NASIB...


mula2 nak tunjukk oven cute kita le...kegunaan ikut mood dan musim..hehhe. Maybe akan fully utilize raya tahun ni kot..insyallah. Adik kak E dah beria2 nak kongsi buat kuih raya tahun..cuma masalahnya adik kak E yang ni tiap tahun semangat dia mcm tu..last2 datang rumah kak E dengan anak2 dia lepak2 terus balik..malas kak E nak layan.

yang ni saja nak tunjuk apa yang kak E kena lalui setiap ptg time balik kerja. Aduhai...Tuhan saja yang tau tahap kesabaran yang terpaksa di kumpulkan.
kalau 8 tahun dulu nak ke ofis dari rumah takes only 10 minutes tapi sekarang silap haribulan 45 minit baru sampai..

jalan tu sepatutnya 2 lane tapi every evening akan jadik 3-4 lane...tambahan lagi 2 lane haram..dengan lori tanker lagi. Bila la keta kak E boleh jadik TRANSFORMER ni.....

Monday, August 10, 2009

TIDO DI SPITAL...

Ari sabtu lepas , Kak E menemankan mber kak E yang baru lepas operation. Kak E pun pernah masuk spital so faham le sikit2 perasaan org yang sakit ni. Kalau tak ada org menemani sedih jugak..sorang2 je..cian tau.
Kalau ada kemampuan lebih sikit apa salahnya ..give ur self a good care mcm bila sakit masuk private spital.
Tapi tgk jugak spital private ni..sometimes servisnya sama mcm GH ja.


Ni plak menu org yang jadi part time bibik..Hehehe..capati n Murtabak. Abis dah org sakit nak makan menu tu terpaksa le carikan..



ni lah tempat beradu org yg jaga org sakit. Cuba perati elok2 drawer tu..penuh dengan bekalan makanan..hehehe. Actually peraturan spital tu tak boleh org luar tunggu patient ni tapi dah malas nak balik so overnight la kat spital..merayu2 kat nurse jugak..

Tuesday, August 4, 2009

AKSI TIDO YANG MELAMPAU.....


Cuba tengok aksi tido anak sedara kak E ni ..Si Danish ni mmg semangat body dia...Mak tok dan Tok wan dia ( parent kak E) kata sebijik mcam mak chaq dia..amboi mana anak sedara kak E yang temban semua ikut mak chaq dia nooooo.....pandai depa.
Ni aksi Danish selepas kenduri cukur rambut dia minggu lepas di Trengganu. Danish sekarang kat rumah tok wan dia belah mak di trengganu. Raya ni mmg siap le si Danish ni kena latu dengan mak chaq dia.....hahahah..

SEAFOOD SUP SOS PLUM


SEAFOOD SUP SOS PLUM..
Kak E dah cuba resipi as kuah ikan siakap stim dah lama dah dulu. Tapi tak sempat nak ambik gambar...ikan dah tinggal tulang..hehehe. So semalam tgk ada sotong dan udang berbalance dlm esbox so mmg teringin sesangat nak makan sup2 ni so terus la test resipi lama tu. Rasa dia ada masam,manis dan pedas. Lebih kurang tomyam tapi ada la lainnye sikit. Kalau nak try layan le resipi ni....
bahan;
sotong,udang,bunga kobis,lobak merah , 1 biji bawang besar ( holland),2 bji tomato, - semua bahan2 ni di hiris.
bahan sos;A
1 cwn sos plum, 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil minyak bijan, 1 sudu besar minyak masak , 2 cawan air suam- bahan ni di campur dan di kacau sebati.
garam,gula secukup rasa.
B
4 btg serai, 7 biji cili padi - di ketuk, 5 helai daun limau purut.
kaedahnya ( semacam je bunyi ayat tu kan..hehehe);
1. Didihkan 1 liter air, masukkan bahan sos tadi. lepas mendidih masukkan bahan A dan bahan B. Biarkan sehingga masak then masukkan bahan perasa. perahkan jus 1 biji limau nipis. Lagi menarik kalau d hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
wallllaaaaaa sudah boleh di santap.....selamat mencuba..