Wednesday, November 25, 2009

MENU SIMPLE SESAJA....


Malam semalam sampai rumah around 7.30pm..after maghrib just minum kopi panas sebab tak rasa lapar pun. Tapi after 3 hours later, perut dah semacam je so terpaksa la masak menu simple yg adooooo je. Gi dapur tengok minyak masak abis..tinggal botol kosong je. Aduhai..so buat le menu pancake tanpa telur ni ...goreng dengan grill kuali n cicah dgn sambal bilis. 3 ketui gakle abis dok pulun semalam while watching tv..hehehe. Bukan apa perut kak E ni tak bole sampai masuk angin..nnti kalau makan pun akan keluar abis. pernah jadi 2-3 kali...kononnya nak diet le tapi aceli tu diet yang totally salah...( sebab tu tak kurus2 smapai la ni...huhuhu)
untuk sesapa yang sudi menjengok blog kak E ni...timakasih bebanyak ye. jangan jemu menjengok ye...salam aidil adha..

Tuesday, November 24, 2009

GYM KU GYM MU JUA....

apa ke tajuk pun kak E sendiri tak faham..okla. Sorry mood masak kak E dah melayang tah kemana..tetiba malas sangat nak masak. dah almost 2 weeks gantung periuk belangga. Salah 1 puncanya malas datang is that..org tue kak E mai lepak umah kak E. Org tue kak E baru pulang dari Acheh..rombongan che Kiah depa la..so depa tak balik terus kg but singgah rumah anak2 kat sini..1 malam rumah adik di serdang..1 nite kat rumah adik pompuan kak E and last 3 nite kat umah kak E. aceli org tua kak E nak mai temankan kak E gi chek up di HUKM on nov 12 tu tapi atas sebab yang tak dapat di elakkan ..my chek up has to be reschdule next month....sonokkknyeeee...( ni kes penakut nak jumpa doc le ni...hehe).

so bila mom kat umah ...of course le kita nak sangat mak kita masakkan menu favourite kita kan..( apa le punya anak kan...patut anak yg masak bagi mak ayah makan... ni mak plak yang kena masak untuk anak yg dah besar gajah...huhu)..well nak buat camne my mom mmg a great cook..sampai geng ofismate adik kak E siap request ketupat palas n rendang ayam mak kak E untuk jamuan depa ari tu...2 kilo pulut dia masak n 3 ekor ayam untuk rendang. On the weekend nov 15 n 16..kak E bawa org tua kak E makan angin di Cameron Highland...ayah kak E lum pernah sampai lagi ke CM ni so tertunai la impian dia nak sampai ke CM ni. Saja2 bagi happy ayahanda n bonda kan...dapat pahala hendaknya..amin.

Ok ..balik ke tajuk di atas...aceli dah 2 week kak E tak turun gym ni.. this week kena cover balik routine gym ni. Tapi kan...kak E heran la camne org boleh buat routine sampai 1-2 jam..kak E nak abiskan 45 minit pun ...tuhan saja yg tau seksanya. Well..semuanya bergantung pada semangat kan....2009 dah nak tutup dah..azam tak terlaksana pun...well sambung la di 2010 nnti...ada less than 40 days to set 2010 resolusi ni...capai ke tak not penting..yang penting ada resolusi....hahahah.


Pic atas is my menu last nite...malas punya pasal..goreng bihun je lepas balik gym...

Monday, November 9, 2009

MEE REBUS @ MEE JAWA...

MEE REBUS @ MEE JAWA.........ni citer mee rebus @ mee jawa kak E, kita org kat ofis n ada 1 favourite mee rebus stall.... dalam semnggu mesti pekena sekali..ketagih hehee. Tapi sejak sebulan yang lepas dah tak nampak batang hidung mamat niaga mee rebus tu..so masing2 kat ofis ni dah tahap ketagih gadan giler..jadik kitaorg pun sepakat la ( dalam bab makan mmg kita org kat ofis ni suka muafakat..hehehe) untuk memasak sendiri mee rebus. Jadik mengambik sempena kerajinan melampau yang dok menerjah dalam diri kak E ni dengan sukarela kak E pun menaja untuk memasak kuahnya .... yang bahan2 lain tu mber ofis kak E pakat taja ..

So setelah menjendok ke beberapa blog sifu memasak dan mengambil resepi mee rebus semua yang ada dalam internet..maka terhasil la mee rebus @ mee jawa ni..bukan apa resipinya ikut mee jawa kak Hanieliza tapi kak E modify sikit dengan menambah dalam bahan2 lain..serbuk kari udang ketam n tomato puree. Alhamdulilah tidak menghampakan rasanya....menjadi jugak kuah mee rebus tu...so menu lunch kita org kat ofis ari ni MEE REBUS @ MEE JAWA..

Thursday, November 5, 2009

HAPI BESDAY RAGIL...


Ari ni besday Ragil...pembantu am at ofis kak E ni. Dia ni pemalu orangnya tapi buat kerja cekap. so ari ni kitaorg pakat le buatkan majlis besday dia. So pagi2 tadi dah celebrate sebab 2 lagi mber ofis nak kena attend in house course. Kitaorg buat bubur lambuk sebab tetiba semua teringin plak nak makan bubur lambuk so kak E buatkan bubuqnya n chilled cheese cake with lemon (amatur version la....sebab tu based dia tak berapa menjadi...huhuhu) toping cake tu hasil keras tangan kak E..hehehe. Main taruk je apa yang ada dalm fridge tu. Gambo bubur lambuk dah terdelete la plak so bila nak ambik lain dah tinggal senduk ja..so meh layan chilled cheese cake ni ja lah.kalau nak resipi sila ke http://www.makan.cari.com.my/ ..tengok resipi kak hanieliza punya chilled cheese cake..kalau nak modify sendiri punya taste pun ikut suka lah.
Resipi bubur lambuk ni resipi yang simple je..ikut resipi masa kak E kerja partime kat Tadika kemas kat kg dulu ..hehehe,time dok tunggu result SPM... taruk serai, halia,kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih, sikit santan pekat (kotak pun boleh), kuib ikan bilis, serbuk jintan manis n serbuk ketumbar, daging cincang ( bukan minced, kak E tak suka minced beef, elok beli daging or ayam then kita cincang sendiri) . Tak payah nak tumis2..masakkan nasi sampai hancur ( guna air banyak) mula2 masukkan serai n halia ( di ketuk kasi dia pecah2 sikit) kulit kayu manis, bunga lawang n cengkih, daging cincang. biarkan mendidih sampai nasi tu jadi bubur then baru masuk santan..perasakan dengan kuib ikan bilis, garam, serbuk jintan manis n ksetumbar...wallllaaaaaaa dah siap bubur lambuk simple...nnti kalau dah try bolehkasi komen yeeee...

Tuesday, November 3, 2009

FRUIT TARTLET, JEMPUT BILIS CHEESE N MAKAN KENDURI

Ni gambo syok sendiri...hehehe. Ari ahad lepas kak E n mber ofis (3 org tu) berkonvoi gi makan kenduri kat shah alam. sampai je kat situ, kenduri nya kat area muzium sultan alam shah..sempat plak kami berpose depan stesen ketapi lama kat situ.Segan la gak nak letak gambo sendiri kat blog ni tapi mber kak E ( yg baju putih tu..) beria-ia nakkan kak E posted dlm blog kak E gambo ni.so untuk tidak menghampakan permintaan kawan...kak E posted le gambo we all ni..mcm budak sekolah masa lawatan gi muzium kan...sakan bergambo..hehehe.Bole teka la yang satu satu kak E kan...takan tak bole teka yang mana satu anak dara yang mana satu mak dara...aduhai kalau silap teka tu..sabaq je la...
balik kenduri tu sampai rumah dah pukul 4 ptg..sebab on the way balik tu singgah di Tesco extra sekejap. Hujan lepat sampai senja so perut pun mula lah buat arrangament orkestra dia..tengok dlm fridge ada bilis & parmesan cheese so bancuh la adunan jemput bilis n cheese. Boleh tahan sedap gak ( masuk lift tekan sendiri lahhhh..hahaha) ..esoknya kak E goreng lebihan adunan tu pagi2 then bawa ke ofis..abis dan mber ofis kata sedap...Nak resipi senang ja tepung gandum,tepung naik sendiri, kan bilis, serbuk cili, parmesan cheese, garam, gula, daun sup, bawang. Tepung gandum mesti lebih dari tepung naik sendiri dalam nisbah 1:2. CUBA LA...MEMANG SEDAP
Yang ni plak hasil deco anak sedara kak E (gambo kat bawah). kak E buatkan pastry cruz dia then depa pun pulun la buat deconya..anak sedara kak E dok request nak makan fruit tartlet ni sejak dia pekena 5 biji starwberi tartlet kat Cameron Highland ari tu. Kak E pun terkejut tengok dia makan sampai 5 biji.Rupanya adunan pastry ni sama mcm adunan nak buat samperit ...so untuk lebihan doh pastry ni kak E buatkan samperit...saja nak lepas gian biskut raya..hehehe.