Friday, April 30, 2010

GRILLED ROSEMARRY CHICKEN..

Assalamualaikum..salam jumaat...ari nie coz special request from mber ofis nak makan grilled rosemarry chicken ngan penne bolognes..( betui ka ejaan ni...). So smlm sempat la kirim ayam saiz s kat ayamas..4 ekor baru rm25. lagi 1 kalau nak buat grilled chicken kena la ayam yg saiz comel2 je..baru sedap nak makan dan senang nak masak...( photo ayam lom potong tak sempat nak ambik....)

penne bolognes tu sbb ada stok penne dan corn beef serta bahan2 yg lain....so senang lah nak membuat nye...utk sos putih tu..mula2 i pakai instant garlic sos yg ada jual di Tesco but then dok pulun nak bega2 bagi sedap tercurah la plak mayonis yg dah expire..abissss kena tonggang semua dalam sinki....so dah nak cepat i buat la sos sendiri guna mayonis + sos salad + lada hitam + lada sulah + balance gravy yg marinated ayam tu...kacau semua jadik lah white sauce...hahaha..sedap gak la...

so bagi yg tekak tak berapa nak mat saleh mmg ok ja menu ni... so layan lah yaaa....

Saturday, April 24, 2010

ROTI BERINTI AYAM..


ASSALAMUALAIKUM..salam sabtu....kat rawang ni tengah riuh rendah dengan bunyi heli yg berulang alik ke kuala kubu sbb pilihanraya kecil kat sana...i tak termasuk pun dalam senarai pengundi so dok diam2 la kat rawang ni.hehehe..malam tadi hujan kat area sini siap dengan kilat n petir lagi...so pagi ni apa lagi laluan keluar dari kws perumahan i ke rawang pun di limpahi dgn air....kereta x leh nak lalu la...so terpaksa guna laluan lain ...yg agak pendalaman sikit tapi yg best guna laluan pendalaman tu...cantikkkk nye pemandangan nyaa...bukit bakau...lereng bukit..pokok2 hijau...nyaman sekali..sayang tak sempat nak shap photo....next time lah ye...
ok..smlm try la nak buat pizza tapi sbb malas dan nak perabih cepat...i buat je la roti inti ayam ni..rotinya i guna premix spft dough beli kat bakery...intinya i buatkan inti mcm pai ayam...i make a hole tengah roti tu then masukkan inti terus baked in oven for 35 minutes ( 180c)..
RESIPI UTK INTI ROTI...
200 gm minced daging ayam ( i beli yg daging ayam then i cincang sdiri)
1 biji bawang besar ( yg kaler kuning ) di cincang
3 ulas bawang putih - di cincang
4 biji cendawan shitake - di hiris julian ( button mushroom pun bole)
1 btg leek - kalau x de pun x pe - di hiris halus
tumis bahan2 di atas dengan 2 sudu besar minyak + 1 sudu besar butter.
Bila garing masukkan capsicum yg di potong dadu + 1 btg lobak merah yg di dadu..selepas tu perasakan dgn 2 sudu besar sos tiram, 1 sb serbuk lada hitam,garam..gula..then taburkan serbuk parsley..

Thursday, April 22, 2010

MEE REBUS UTARA.........



Mee rebus utara...menu ni dah 2 kali kot appear dlm blog i..almaklumlah menu kegemaran i. Resipi nya lebih kurang dgn resipi Mee Jawa lah...cuma org utara sometimes suka tambah kacang tumbuk dlm kuah ni..kalau nak ambik boleh ambik di www.myresipi.com.
Bahan utama mee rebus ialah serbuk kari daging, serbuk udang ketam, jintan manis dan serbuk ketumbar, tomato puree, sos tomato, udang kering n keledek. Bahan tumis bawang putih, bawang merah, halia , lengkuas n serai.

Monday, April 19, 2010

CHEESE CAKE..AMATUR...

Semalam try buat cheese cake ikut resepi Jun@www.yummylicious-jun-blogspot.com. Patutnya ada polka dot tapi malaih nak buat so plain je cheese cake ni. Sedap..mmg purely cheese sbb ramuan dia cuma cheese,gula n telur..based dia, i pakai biskut marie hancurkan n campur dgn butter bagi dia glued together bila bakar. Tapi cheese cake ni tak boleh pulun banyak...sekadar sesuap dua je...dah le...kalau makan tak ingat dunia..lain plak jadiknya nnti..hehehe

kalau ikut resipi i...mix 500gm krim cheese + 160 gm gula + 2 biji telur (A). for based dia blender 35 keping biskut marie + 50 gm butter@ shortening...then guna loyang aluminium ..tekan biskut as based dia then pour in adunan krim cheese tu..bakar 145-150C selama 50 minit....simpel je kan..try la...

Saturday, April 17, 2010

NASI DAGANG

Pagi tadi breakfast nasi dagang ...1st time buat nasi dagang ni...jadik ok..tapi gulai dia tak berapa nak jadik la plak..almaklumlah short cut punye resepi..Gulai ikan tongkol nasi dagang ni kena buat resepi ikut kaedah dia tak boleh short cut. Nasi dia i guna organik brown rice campur dgn organik rice..senang dan jadik ..tak payah nak kukus pun..cuma santan tu perlu di campur dgn air panas dulu..then baru di masak sekali dengan nasi mcm masak nasi biasa.


Kalau nak resepi sila ambik kat www.myresipi.com.my..

Thursday, April 15, 2010

MEE BANDUNG

Ni menu 2 hari lepas, nak mengabiskan stok ayam n mee kuning dlm fridge so try la buat mee bandung kak Hanieliza style..mmg terangkat abis...sedap. Bahan2 nya simple je ..senang di dapati dlm fridge..so kalau nak reseipi ambik kat sini http://www.makan.cari.com.my/..

Monday, April 12, 2010

NASI AYAM PENYET N CREAM CHEESE CARAMEL





Assalamualaikum...lama bebenor tak tayang menu dalam blog ni...mood masak baru mendarat semalam...hahahha. Nasi ayam penyet ni dah lama ambik resepi dari Myresepi tapi x buat2 pun sampai la semalam. Mmg simple je resepi nye dan mudah penyediaan nya. Cream cheese caramel tu sebab semua bahan dah mmg dok tersedia dlm fridge so mmg dah lama mengidam nak makan original puding karamel ..terus la membuat smlm..
NASI AYAM PENYET...versi I la...
1 ekor ayam di potong 4. direbus utk dapatkan air rebusan. Air dalam 2 liter.(nak masak nasi nnti)
bahan utk perap ayam..
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 inci halia - di tumbuk halus
4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
garam
1 sudu besar serbuk kari ayam
1/2 sudu besar lada putih
semua bahan di gaul dan di lumurkan pada ayam.perap selama 5-6 jam ( kalau nak sedap perap semalamam.) boleh digaul dgn tempe jugak.
NASI.
2 tin susu beras
3 tin susu air stok ayam tadi
2 biji bunga lawang, 4 biji bunga cengkih, 2 inci kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga.
masak nasi seperti biasa...masukkan sukatan air rebusan ayam ikut sukatan nasi biasa. then masukkan bahan rempah tu..
( i x tumis sbb tak suka berlemak sangat nasi tu..)
kalau nak tumis...panaskan butter, hiris bawang kecik n bawang putih n halia...tambahkan daun pandan.
SAMBAL IJOU...
5 biji cili merah
11 biji cili padi
6 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 sudu besar hirisan gula melaka/kabung
3 biji buah tomato
1/2 sudu besar sos ikan
segengam ikan bilis
1/2 cawan minyak masak - di campur dlm blender x payah guna air.
blender semua bahan...kalau nak lagi sedap...sangai dulu bahan kecuali buah tomato, gula melaka. ikan bilis bole di goreng dahulu. i x buat pun..blender je semua then baru i goreng dengan sedikit minyak. goreng dgn api perlahan sampai kering. bila dah kering @ minyak dah naik campurkan dgn jus limau nipis ( 1- 2 sudu) perasakan dengan garam...dah ready.
PUDING KRIM KEJU.
6 biji telur
2 biji merah telur
1 liter susu segar - di panaskan ( tapi jgn sampai mendidih ..suam2 je)
250 cream cheese
160 gula castor
esen vanila
pukul cheese n gula...then masukkan telur (x yah guna mixer pun ok sbb x nak kembang sangat).pukul sebati then masukkan esen vanila. Campurkan susu segar tadi ke dalam adunan krim cheese dan gaul sebati.
untuk buat karamel...panaskan 3 sudu besar gula ( kalau nak tambah 2 sudu besar gula perang) dgn api perlahan..kacau sampai jadik karamel..tuangkan dalam loyang. then curahkan adunan krim cheese tadi dlm loyang...bleh kukus or bakar selama 50 minit dgn 220C dgn lapik loyang dgn loyang lain yg berisi air ( apa tah nama caranya tu..dah lupa la plak).