Monday, June 29, 2009

LATEST EDITION.....


inilah lastest edition dalam keluarga adik kak E yang bongsu..putera sulung dia DANISH MIKHAIL BIN HAMDAN HAWARY. Tahniah kepada adik kak E dan isteri atas kelahiran putera sulng mereka pada 27 june 2009. Bertambah le peruntukkan duit raya kak E tahun ni...hehehee

Monday, June 22, 2009

TAKZIAH UNTUK LIJE...

Takziah untuk chief@lije sekeluarga, mber baik kak E kerana ayahanda nya telah kembali ke rahmatullah minggu lepas. dia call kak E semalam bagi tau. Kak E harap dia redha dan sabar dengan ujian ALLAH ini. Sedih kak E dengar citer dia semalam. Moga roh Pak Sudin di cucuri rahmatNYA..AL-FATIHAH...

Friday, June 19, 2009

CITER SEMALAM...


semalam kak E gi spital for routine medical check up. 6 months punya result not very good. Somehow kak E dah expect it but still when Doc told me..felt so frustrated.Nasib baik tak gi dgn org tua kak E kalau tak cian gak depa ..risau plak nnti. So masa balik drive sorang2 tu macam2 kak E fikirkan..Doc kata not to stress sangat..
Doc kata tgk lagi 3 bulan result camne plak..kalau ok baguih la..kalau tak ok ..have to do treatment mcam sebelum ni. Ari ni gi kerja pun have to put happy face. alhamdulilah bila di ofis mmg lupa sekejap masalah kesihatan ni...sbb tu la kak E still working.So starting from today kak E will try to be cool and calm...nak senyum sokmo....lower down my stress level....hehehe. Gambo bunga tu tak ada kena mengena apa2 just kak E suka warna purle...

Monday, June 15, 2009

MELAYAN JIWA KACAU...


ni anak sedara kak E yg no 2..dia ni mmg kaki nyanyi...actually lagu ni dah 3 hari dia dok nyanyi cuma kak E faham dgn tak faham je apa lagu yang dia nyanyi tu...atlast baru le kak E dapat tangkap lagu apa yang dia nyanyi tu..bila di tanya apa tajuk lagu tu..dia ckp.." gitu2...." tapi semua lagu yag dia nyanyi tu lagu2 baru punye...dia tak main le lagu2 dulo2. kalau suruh dia nyanyi lagu budak2 lagi le laju le...so enjoys yeeee......SORI...VIDEO TU MMG TAK PANDAI NAK EKJES ROTATIONNYE SO PAKAT2 LE SENGETKAN KEPALA YE...

BOWLING CHAMPION IN THE MAKING....




semalam ada bowling tournament kat selayang. kak E yang dah lama tak main bowling terpaksa main sbb tak cukup korum team urusetia. dari 30 games dapat le gak 2 kali strike...hahahaa. sonok bowling ni..yelah kalau main dalam team yang mmg tak teror la..kalau main team yang teror2 tu ...stress le akak. Rasa macam nak gi main lagi...

MEE SINGELET..


MEE SINGELET....
ari sabtu malam..sedang dok lepak2 kat umah teringin plak nak makan mee sup. belek2 ais box ada le sayuran nak di perabihkan so kak E main campak2 je le. kak E buat kuah dia berkicap sikit..Satu petua yang kak E nak kongsi dengan semua ialah ...cili padi ni kalau tak nak kasi dia pedas yang menyengat tu..pasti jumlah dia ganjil..contohnya..3 biji ke..5 biji ke..jgn angka genap 2 or 4 .. try tgk mesti ada beza...ni petua aruah nenek kak E dari keturunan Minang tu....
Mee dia plak kak E guna mee cintan yang lebaq2 tu...so kak E namakan resipi ni mee singelet...hehehe layan je la...
bahannye...
1 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
2 ulas bawang putih di ketuk
fish ball
1 btg karot
1 biji buah tomato
3 biji cili api di ketuk
1 keping tauhu di goreng
1/2 kuib ikan bilis.
1 keping mee cake cintan - direndam air panas..( mee lebaq2 tu...dia tak ada perencah dalamnye)
minyak untuk menumis
lada sulah + lada hitam
daun sup & bawang goreng untuk hiasan.
tumis garlic + karot + buah tomato+ cili api kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,minyak bijan + fish ball. tambah air 1/2 cawan then masukkan kuib ikan bilis. perasakan garam + gula + lada sulah + lada hitam ..ikut citarasa masing. then masukkan mee..then tabur daun sup yg dihiris + bawang goreng....wallllaaaaaahhhh...ready to eat..MEE SINGELET..

Thursday, June 4, 2009

SEMBANG CUTI SEKOLAH...

esok mak n ayah kak E akan datang ke rawang. Org tua kak E mmg 1-2 bulan sekali akan datang rawang untuk lepak2 seminggu 2 di rumah kak E. Kak E akui la kak E mmg jarang balik kampung. Well you, all tahu la...kak E ni solo lagi...so kalau selalu balik kg ..org kg dok tanya nape lum buat jamuan nasi minyak lagi..letih le.

So berbalik pada citer kunjungan org tua kak E ni...semalam turun la kerajinan yg melampau. Mengemas rumah eventhough lepas balik keja kol 6pm. bukan apa mak kak E ni pembersih org nye jadi bila mata dia terpandang sudut2 yang menusuk kalbu dia tu mula la dia nak menyental pastu mengadu plak sakit badan sebab buat keja tu..camne kak E tak rasa tersalah. Ayah kak E cool je org nye..mcm anak dia le...relax and cool..hehhe. Bila org tua kak E datang sini..cucu2 nye semua akan berkumpul di rumah kak E...so jadi lah pusat taska untuk seminggu tu. yang best nye kak E boleh upah anak2 sedara kak E tu mcm2. cabut rumput, cuci kipas angin, siram pokok, cabut uban....hehehe.

Monday, June 1, 2009

LEPAK2 ARI AHAD...
















2 anak sedara kak E ni melaram sebb ingat kak E nak bawa depa gi jalan2...tapi cian cuma bawa si kakak je sbb temankan dia cari kamus. Bulan lepas besday si kakak so dah jadi dengan dia nak hadiahkan kamus dan beg sekolah. Tgk pkok bunga plastik yg depa dok pegang tu..asyik nak berfoto dengan pokok tu sbb pokok tu akan bergoyang kalau sensor dia kena cahaya...ke hulu hilir bawa pokok tu...naik rimas kak E tgk...