Saturday, May 30, 2009

FLASH BACK....








BUAH NAGA....kak E teringat waktu kak E kena dok spital dulu before the major operation that i had...buah naga ni lah peneman kak E..

kak E tak leh makan buah lain sbb ada kencing manis and doc have to make sure that my sugar level is below than 10 baru boleh operate. so 3 ari sebelum operasi tu hanya buah naga ni lah yang kak E makan. Buah ni elok untuk pesakit diabetes. Yg lawaknye bila mber nak antar flower gift..siap bagi tau masukkan sekali buah naga ni..tak nak yg isi putih ..nak isi merah...demanding lagi. Bila kak E ingat balik peristiwa tu...baru kak E sedar ramai org yang sentiasa di sisi kak E memberi semangat dan kekuatan...sampai la sekarang. Terima kasih semua yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan pada kak E ..hanya Tuhan saja yang dapat membalas nya.

Friday, May 29, 2009

JEJEMPUT OR CUCUR....


CUCUR SAYUR TUNA...
semalam terasa nak makan jejemput or org utara called it CUCOOQ..
di sebabkan nak mengabihkan stok tepung gandum,taugeh,lobak merah dan tuna so kak E mixed adunan semua tu dengan menambah sedikit serbuk ikan bilis dan serbuk cili kasar,garam dan gula secukup rasa. ikut sukatan kak E...3 cawan tepung gandum, 1 cwn taugeh, 1 cwn parutan lobak merah, 1/2 kiub serbuk ikan bilis, 1 sudu kecil serbuk cili kasar...pastu tu bancuh dengan air ..masukkan sikit2 dulu air tu... then kacau hingga sebati dan sedikit pekat...so jadilah cucooq sayur tuna...sedap.(so sori terpuji masakan sendiri...sapa lagi nak puji ye tak kalu tak diri sendiri....ampun). buah naga tu sekadar model tambahan je...lama dah tak makan buah naga teringin plak semalam.

Monday, May 25, 2009

SHEPHERD PIE


SHEPHERD PIE.
Last week on friday..kitaorg buat makan2 menu bertemakan western. so kak E masak le resipi ni..pie ni tak guna pastry curst tapi guna kentang lenyek as dia punya curst. inti dalam dia mcm inti chicken pie..kalau nak letak inti mcm inti karipap pun bole...asian twist la.
kalau nak resipi sila la ambik kat sini www.resipidiana.blogspot.com..selamat mencuba.

MEE GORENG LADA HITAM

Kak E rasa mee goreng lada hitam di jamuan rumah terbuka raya tahun lepas..nenek kwan kak E yang gorengkan..mmg sedap sangat..so banyak kali dah try tapi tak menjadi...tapi yang ni dah hampir2 menjadi la. Kekadang rasa jemu gak asyik guna cili giling or cili boh untuk goreng mee or bihun kan tapi rasa pedas tu mesti nak kan...dah lidah melayu cam tu le...so try lah resipi ni
MEE GORENG LADA HITAM
Bahan-bahan;
1. 2 ketul tauhu + 2 ulas bawang putih di ketuk + sebelah bawang besar di hiris.
2. 1 biji buah tomato + 3 ulas cili padi ( kalau nak kurang pedas letak 1 biji dah le..)
3. 1/4 bungkus mee kuning
4. 1/2 kuib ikan bilis
5. 1 sudu besar serbuk lada hitam
6. 1/4 sudu besar serbuk lada putih
7. 1 sudu besar kicap pekat
8. 2 sudu besar kicap manis.
9. 1 biji telur
sedikit minyak untuk menumis.
garam & gula
Caranya..
tumis tauhu+bwg putih+bwg besar+ cili api sehingga garing. pastu masukkan 1 cawan air, kicap manis dan kicap pekat + kuib ikan bilis. biarkan mendidihkan. then masukkan buah tomato biarkan mendidihkan sekejap then pecahkan telur biarkan mendidihkan lagi kemudian masukkan kedua2 serbuk lada dan mee kuning. perasakan denga garam & gula secukup rasa.

Tuesday, May 19, 2009

RESIPI LAGI....



ROSEMARRY LEMON CHICKEN..
Resipi femes ni dah lama kak E dok perati dalam most of the femes sifu bloggers....akhirnya dapat gak melaksanakan impian untuk menjamu mber ofis dengan resipi ni. Kitaorg buat makan2 nasi ayam so kak E pun try la resipi ni...alhamdulillah menjadi...sedap.

resipinya simple je...rebus 2 biji lemon ( dlm 5 minit) then cucuk2 dia. ayam 1 ekor yg sederhana, bawang putih 4 biji, sedikit garam,2 sudu besar rosemarry kering. 3 sudu besar olive oil...kalau nak guna butter pun boleh..tumbuk the garlic + dried rosemarry leaves + olive oli .then lumurkan pada ayam..tabur garam sikit.kalau nak boleh tabur lada hitam sikit... 2 biji lemon tu masukkan dalam ayam....kalau suka boleh rebus kentang n karot then letakkan around ayam... Make sure panaskan oven for about 30 minit before masukkan ayam. then roasted the chicken for about 1 hour at 250C..

RESIPI HIGH TEA....

















BROWNIES SIFU FEMES KAK RINCHAN....
mmg sedap dan sedap dan sedap.....letak je dah tinggal suku dah....mber ofis dah kebas...
buat brownies ni mmg senang sekali...tak payah pasang mixer pun..main pukul je...so kalau berkenan di hati silalah ambik resipi at rinnchan@fotopages.com.

















PUDING KARAMEL TANPA TELUR...

ambik dari Myresipi.com..
Bahannye..
2 senduk gula + 1 sudu besar air - di panaskan untuk jadi karamel. air tu masuk akhir sekali bila gula dah jadi karamel.
1 paket serbuk agar2
2 biji telur
1 tin susu sejat
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
semua bahan diatas di didihkan sehingga sedikit pekat. lebih kurang 7 minit.
selepas tu tuang atas karamel tadi then sejukkan. after sejuk masukkan dalam fridge pastu baru boleh enjoys dia...cuba la...

Saturday, May 16, 2009

yabedabedooooooo.......



Kak E ada simpan beberapa helai blaus yang tak muat di pakai awal tahun ni. yang selebihnya dah di berikan pada mber kak E..yang 3G mcm kak E gak..blaus in this pic mmg x muat but sekarang dah muat ...alhamdulillah.
semalam and ari ni ...kak E dah start memakai blaus yang tak muat dulu...dan akhirnya semua blaus tu longgar....longgar...yabedabedooooooo.....
akan meneruskan iltizam untuk turunkan berat badan...walaupun 1 kg sebulan...kalau dah 24 bulan...dah berapa tu...pada yg berazam seperti kak E ....enjoy losing ur weight...jgn stress n tension ok..

Tuesday, May 12, 2009

MELAYAN PERASAAN.....



Kak E and geng selamat pergi dan balik ke KL dari Bandung pada 6,7 & 8 May.. kali ni mmg puas la shoping.

rasanya kalau mak or pak andam mesti shoping kain lace baju kahwin kat bandung..cantik giler dan harga berpatutan. kebaya sulam dan kain batik mmg buat kita tak tido malam kalau tak beli...hehehe.

adik Kak E yang mula2 tak nak shoping sampai je kat bandung abis RM2 ribu...poyo betui. mau nye tak abis byk..levis je 2 psg..kemeja...baju batik..baju anak dia.. sakan dia shoping. Tapi sayang kak E tak sempat nak ambik pic byk...so layan lah pic awam biru ni....zazzzzzzzz