Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, February 13, 2009

nasi lemak kak yat...



boleh di katakan dah jadi aktiviti tetap..setiap ari jumaat member ofis kak E termasuk kak E jugak la akan bergotong royong menambah berat badan masing2. Caranya adalah dengan pakat2 bawa bekalan menu dari rumah. macam ari ni kak yat masak nasi lemak..kak E masak sambal ikan bilis, uncle zam bawa bilis n kacang goreng, kak wat bawa telur rebus n timun.

Tapi bagi kak E, memasak ni satu terapi untuk release tension. tambahan plak bila makan ramai2..suka sangat. makan sorang2 ni memang membosankan. sambal ikan bilis kak E copy cat kat resepi sifu kak hanieliza...mmg terangkat abis. thank kak hanieliza. first time sambal ikan bilis kak E mendapat pujian...