Tuesday, June 7, 2011

lagi resipi best dari blog kak ida 1001 resipi...

Assalamualaikum....ni nak tayang satu lagi resipi sedap yg i ambik dari blog kak ida 1001resipi. BIHUN GORENG KETAM..mmg sedap. walaupun bahan-bahan asasnya besa-besa je tapi kelainannya tetap ada. so kalau nak try resipi ni resipi as below...

RESIPI BIHUN GORENG KETAM
dari blog: 1001resipi.blogspot.com ( kak ida)

1 paket bihun - direndam
2 kilo ketam di bersihkan dan di potong
1 tbsp besar giling cili - i guna cili giling ADABI*
2 tbsp sos tiram
1 tsp kicap pekat
1/2 tsp sos ikan
5 biji cili padi di ketuk
1 btg leek - di hiris*
1 btg lobak merah di sagat kasar
1 ikat daun sup + daun bawang - di hiris kasar
3 biji bawang merah + 2 biji bawang besar - di hiris*
1 biji tomato - di dadu*
sedikit kobis bulat - di hiris halus
2 tbsp sos cili
2 tsp garam + 5 tbsp gula + sedikit serbuk perasa + 1/2 tbsp cuka
1/2 cup minyak untuk menumis
1 cup taugeh - kalau suka

cara2.
1. panaskan minyak then tumiskan bahan bertanda* masak selama 3 minit.
2. then masukkan cili giling + sos cili + sos ikan + sos tiram + cili padi+ cuka + garam +gula .
3. then masukkan ketam..masak selama 3 minit. kalau kuah kering tambahkan 1/2/ cup air.
4. then masukkan bihun + kicap pekat gaul sebati selama 2 minit then masukkan lobak merah+ kobis+ taugeh + daun sup n daun bawang.
5. gaul sampai sebati dan sampai bihun masak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment