Monday, September 7, 2009

RAMADAN 17..

Assalamualaikum...minggu ni akan bertambah lagi la kemeriahan raya kan, sebab radio semua dah start on aired lagu2 raya. Pagi2 lagi ari ni dah dengar lagu raya kat HotFM...sayu pun ada..excited pun ada..macam2 la rasa yang datang time tu.Semalam kak E ada dengar ceramah selepas terawih kat tempat kak E..ustaz tu kata lagu raya yang sepatutnya di perdengarkan ialah TAKBIR RAYA...so dia pun alunkan takbir raya...menitis airmata semua jemaah yang ada kat situ...itulah lagu raya yang sebetulnya kan.... Ari ni saje la nak layan menu semalam...aceli dah 2 weekends kak E jadik bibik. Adik kak E letak anak dia sebab dia laki bini nak gi shopping raya. Bukan apa..bawa budak2 kat tempat awam pun sekarang ni too risky...so terpaksa le cari available bibik...hehehe. So menu semalam lebih kepada kids menu la...Nasi goreng kat atas tu untuk 2 anak sedara yang tak posa..si angah and phia..Pkul 12 dah minta nasi..cian plak. Lagipun senang je sebab dah ada SERBUK NASI GORENG AYAM ADABI...mmg teramat la senang nye..YANG PENTING SEDAP sebab almaklum lah kan posa tak boleh nak rasa..but thanks so SERBUK NASI GORENG AYAM...tak perlu nak rasa dah ..konfom sedap...
Piza ni untuk anak sedara yang sulung..sarah. Dia posa tak ponteng lagi..sebab nak kutip duit raya.Budak2 zaman sekarang mmg mata duitan betui..so Kak E amik resipi dari blog kak UMMI KUANTAN yang femes dengan lauk pauk yang sedap2 belaka. Cuma kak E simplifykan resipi doh dia guna roti,susu dan tepung..bahan yang adooo je....Nak try resipinya...
Bahan2
7 roti ( gardenia ke..apa2 ke tak kisah la..)
1 cup susu segar
2 cups tepung gandum
Bahan doh ni di campur dan di uli sampai jadik doh. kalau keras tambah susu sikit2. sapukan loyang dengan mentega..leperkan doh ikut ketebalan yang kita suka..
Bahan sos,
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
2 ulas garlic
1 s/b oregano kering
secubit lada hitam
1/2 kuib pati ikan bilis
1 cup sos spagetti
1 tin button mushroom - di hiris kepingan
bahan perasa - jika suka
olive oil untuk menumis..
blender bawangan n tomato, tumis bahan blender after 3 minutes masukkan bahan lain yang selebihnya. kacau hingga pekat. After that sapu sos pada doh..hiasan dengan crab stick,sosej, parmesan cheese..bakar 35 minit dgn suhu 190C..
Yang ni menu permintaan anak buah gak..apam balik so memandangkan semua bahan dah ada apa lagi..ur wish is my command...hahaha. Resipi dia teramat la mudah sekali...kena guna non stick kuali lagi senang...
2 1/2 cups tepung naik sendiri
1 biji telur
3 sudu gula - kak E guna gula perang.
1 1/2 cup air
topping
cream jagung - yg buat abc tu
gula n kacang tanah di goreng n di tumbuk - kak E guna kacang shandong yang di jual timbang tu..
guna sedikit magerin untuk leserkan pada kuali..then masak le dengan api slow..

No comments:

Post a Comment