Saturday, September 26, 2009

SYAWAL 1430HIJRAH...

mesti ramai yang dah kembali ke lubuk masing2 kan..almaklumlah cuti dah sampai ke penghujungnya. Kak E balik ke KL raya ke3 sebab adik kak E dah start keja 23hb so terpaksa la kak E beraya kat kl plak before start keja balik on 24hb tu. 22hb tu ingatkan tak ramai orang kat highway rupanya berdoyong2 keta sampai ada kalanya 4okm/jam je..R&R plak sesak ya rabbi...stesen minyak plak dari bkt gantang sampai lah ke behrang..bekalan air ada masalah. Tapi alhamdulillah kta semua selamat sampai dan selamat kembali sempena raya ni.
Apa2 pun meh la layan gambo2 rumah ayahanda & bonda kak E kat kg. Rumah kak E kat kg ni memamg mengadap sawah..or org utara cakap bendang...kalau datang musin berangin tu..aircond pun kalah tau. Balik kg ari tu..aktiviti makan kitaorg semua kat "open air" ruang dapur ni..mmg syok. ayah kak E sediakan 1 meja jepun then kitaorg semua dok bersila makan...best. Terlupa nak ambik gambar sebab asyik mahsyok makan... Dan gambo kat bawah tu la view yang akan kita mngadap bila lepak kat " open air" dapur rumah kg kak E....camne la makan tak bertambah seleranya...hehehe..



No comments:

Post a Comment