Tuesday, December 22, 2009

AURA TAHUN BARU...

Salam semua...selamat tahun baru..moga buku baru makin menuju kearah amal ibadat yang lebih sempurna hendaknya..amin. Citer kak E kali ini ada kena mengena dengan kaler...selepas 7 tahun beru la berani nak tukar kaler bilik ofis..kaler merah. Tuuuuu dia.. boss balik outstation terkejut sakan...tapi pandai2 le kita bg alasan..kaler ni ada getaran or gelombang tersendiri..aura le kunun2..cuba la try..sekarang rasa mood swing baikkkk jeee....lallaaalaaaa....
TIRAMISU KAK E STYLE..( suka ati je letak nama tu....)
bahan;
1. bahulu 10 biji
2. 1 paket crean cheese - 250 gm
3. 1 kotak fresh cream - 210gm or 250 gm
4. 1/2 cawan gula castor - kalau tak ade kisar je gula pasir
5. 1 sudu teh esen vanila
6. 2 sudu serbuk agar2 di bancuh dengan 1 cawan air panas.
7. 1 paket serbuk kopi ADABI. Bancuh separuh serbuk kopi dengan air panas dan simpan lagi serbuk untuk di tabur atas bancuhan cream cheese nanti
Cara-cara;
1. mixed together cream cheese, fresh cream, gula n esen vanila.
2. lepas dah semua bahan blend together, masukkan bancuhan serbuk agar2 tadi dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. susun bahulu dalam bekas 4segi or bulat ( 6 - 7")
4. basahkan bahulu yang disusun dengan air kopi dahulu then lapiskan dengan bancuhan cream cheese. then susun bahulu then lapiskan dengan cream cheese sehingga abis semua.
5. lastly taburkan serbuk kopi atas sekali untuk hiasan.
6. sejukkan dalam fridge selama lebih kurang 7-8 jam. ready to eat....selamat mencuba

No comments:

Post a Comment