Monday, April 27, 2009

JANGAN TEGUR.....




sarapan pagi semalam..mee pad thai. resipi mcm goreng mee greng biasa cuma parutkan karot sikit.








ni asam pedas ikan tenggiri.. kak E shap dari buku resipi masakan melaka. buku resipi tu adalah hasil kerjasama ADABI dan muzium Melaka. mcm2 resipi sedap dalam tu..cubala.




ni menu minum petang semalam.QUICHE AYAM.. resipi dia senang je. Kak E reka sendiri based on resipi dari "sifu" Che Mat Gebu.
5 keping roti,3 pcs daging burger ayam,200ml susu sejat,300 ml susu low fat,200 ml air panas, 3 pcs keju kraft, 1 sb serbuk lada hitam, 1 sb serbuk oregano dan sedikir garam. sedikit daun bawang n daun sup dihiris halus. kalau suka campur sedikit mix vegie.campur semua bahan dan kacau sampai sebati.
masukkan dalam bekas pembakar then bakar 45 mnit dengan 165C.


ni pun menu minum petang kak E...kek tu kak E guna tepung kek segera vanila NONA..then starwberi tu mmg kak E ada buat 2 hari lepas untuk anak sedara kak E so just hias kan atas kek je..so inilah passion kak E...cooking. Tapi kak E punye mood cooking ni ada musim...hehehe.
kalau sekali dia datang..3-4 menu boleh kautim..dddaaaaannnnn JANGAN DI TEGUR....enjoyssss

Wednesday, April 22, 2009

Doc..nape 1 ari je mc...?


ari isnin lepas badan x berapa sihat...actually dari minggu lepas lagi tapi buat x kisah je. But ari senin boss tegur nape mata merah..ni mesti kena sakit mata...
so terus le kak E gi klinik..konfom la tapi doc bagi mc 1 ari je..ari selase. ingat bole dapat 3-4 ari mc..best giler le..siap tanya doc lagi nape tak bole lebih mc..dia cakap kalau tak ok datang lagi..
sakit mata...sakit tekak..flu dan deman..sekali pakej..
telan apa pun semua rasa payau je...kalau setahun tekak rasa camtu gerenti slim kan...hehehhe

Thursday, April 16, 2009

JALAN2 HIRUP ANGIN SEGAR BUKIT TINGGI..



last weekend adik kak E ajak gi jalan2 kat bukit tinggi...colmar village tu. Cantik tempat tu. nyaman dan fresh. tapi tak ade le banyak yang interesting to see...
ini pic anak buah kak E dgn mak dia. Dia ni yang excited nak tgk bunny so we all singgah kat taman arnab.
lupa plak nak ambik gambar kat taman arnab..maklum le dah penat sangat.



ni ikan-ikan kat japanese garden. kalau nak ketenangan fikiran elok sangat pi japanese garden. cuma ari tu bekalan air kat situ terputus so kolam ikan nye agak sunyi sepi sikit..tak meriah le..


ni pintu masuk ke colmar village. Kak E pernah jejak kaki ke perancis dan eropah. mmg perkampungan dia sebijik mcm ni.

tiket masuk sini dewasa RM10 dan kanak2 RM8..dulu mahal lagi tapi sekarang dah murah sikit. cuma botanical garden yang kak E tak sempat singgah...insyallah next time datang lagi..

Tuesday, April 14, 2009

MINGGU RAJIN SEDUNIA...


  1. Copy n paste resipi dari majalah..

    Resipi idly...

    1. 1 kg tepung beras.

    2. 250 gm kacang dal putih

    3. sedikit air.

    caranya..
  2. kisar tepung beras n kacang dal dengan air.
  3. peramkan selama 3 jam.
  4. tuang adunan ke dalam acuan.
  5. masak selama 15 minit.
  6. makan dengan kari dal or chutney.

RENDANG SIMPLE



yang ni resipi rendang simple..



ikut cara macam kat belakang packaging perencah rendang ADABI. cuma lebihkan daging or ayam sikit. kalau ikut resipi tu daging or ayam dalam 300gm ..lebihkan 100gm or 150 gm. lebihkan air untuk santan cair jugak dalam 100ml.
masak sehingga pekat dan tambah hirisan daun kunyit di akhir sekali.senang n cepat sekali memasaknye....