Friday, March 20, 2009

bila kebosanan melanda...



malam tadi teramat la malas. sekarang ni mmg dok motivated giler nak menguruskan badan. Dok folloW program "THE BIGGEST LOSSER"..tu yg berkobar2.

kak E akan make sure sampai umah before jam 630pm everyday. Then i do the crosstrainer routine for about 1/2 hour and then 15 minit dumbell routine. so far masih ikut la...harap2 tak bersepai je routine ni..hehehehe

most important is motivation....itula ubat kurus paling berkesan...hehehe.

alamak terlupa nak story pasai pic tu...bukan apa semalam dah lapo sangat, masak le mee segera kari ayam ADABI, kak E mmg suka pedas so rasanye perasa kari Ayam ni mmg memenuhi citarasa kak E. sedaaappppppp...

alamak

Monday, March 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME....





2 kek tu diaaaaa....jgn jeles tau. sbb lilin banyak sangat ..hehehehe. Dah cukup haul 37 tahun kak E ni. alhamdulillah segala yang tuhan kurniakan kepada kak E semuanye amat di syukuri.
thanks a lot to my office mate ..yat n wat. ( pic kat bawah tu) depa la komiti besday n apa aje komniti yg ada kat ofis ni. Rajin depa dua ni.




Ari ni depa meraikan kak E..esok kak E plak meraikan komiti yg meraikan kak E...hehehehe.tah apa2 kan..laayyyyyaannnnn je laaaaa.....

Saturday, February 28, 2009

BAHANA BANGUN LEWAT....


Ari ni ada jemputan gi kenduri kahwin adik member ofis. so kita org semua sepakat nak konvoi after keja pukul 1 nnti.
Nak jadik citer..kak E tertido lepas solat subuh then nasib baik tersedar pukul 7.45am...apa lagi punya la kelam kabut sampai iron kain baju kurung boleh terbakar kat bhg bawah kaki tu...
wwwaaaaaaa...dah le baju kesayangan plak tu.
pakai jugak le sbb dah kesuntukkan masa.
Pengajaran.... sterika baju sebelum tido bukan selepas bangun dan tgh mamai...huhuhukkkk.

Thursday, February 26, 2009

KOLEKSI PIC MY PRECIOUS ANAK SEDARA...


sorang lagi my precious anak sedara.. anak adik kak E yang dok serdang tu. Ni muka tak bersalah dia lepas dia conteng dinding rumah kak E yang baru je di cat baru...sabar je la.
Kalau dah anak sedara cute muet...cuba bayangkan mak sedara dia camne...fuyyoooo. Toksah cakap la..hahaha. Masa kocik mmg le cute muet. Dah tue2 ni malas nak cakap le...layannnnn je laaa...

Tuesday, February 24, 2009

Masak lemak kulat sisir...






ni last week punye lunch menu. minggu lepas singgah di Pasar Tani, ada plak jual kulat sisir ni. Mmg faveret kak E ni. Ingat lagi dulu masa kocik2 selalu gi cari kulat sisir kat kebun getah aruah moyang di Jitra tu. Sekarang kebun getah tu dah jadik jalan raya n kawasan perumahan. semua memori zaman kecik2 dah hilang di telan pembangunan...sedih gak le.


Ada org kata pesakit kanser tak boleh makan jenis2 cendawan or kulat tapi so far kak E belum terbaca lagi artikel about that. yang kak E tau cendawam shitake baik sebagai anti oksidan. Yang penting for cancer patient is to control stress level. Jangan suka fikir perkara yang merunsingkan fikiran. Jangan berdendam, jangan simpan perasaan hasad dengki.. tu yang di maklumkan kepada kak E oleh seorang bekas pesakit kanser.

Actually itula yang di tuntut oleh ugama Islam pun..bersihkan jiwa raga dari semua perasaan kotor. Selalu bersangka baik terhadap insan lain. Moga kita di limpahi rahmat dan di berikan rezeki untuk menyintai Yg Esa..amin

Friday, February 20, 2009

papriks seafood..












bahan masakan ini untuk 4 org makan. Bahan tumis,

  1. 1 labu bawang besar di hiris.
  2. 3 bawang putih di cincang.
  3. 2 btg serai di ketuk.
  4. 3 helai daun limau purut.
  5. 1/2 cawan minyak untuk menumis.

bahan untuk rencahya;

  1. 10 ekor udang sederhana besar.
  2. 3 ekor sotong saiz L ( kalau sotong yang saiz kocik kena guna banyak sikit leee..)
  3. 2 ketul dada ayam. di potong kecik2.
  4. 2 btg carrot, kobis bunga, kacang buncis, cili cameron (capsicum) dan baby corn & 2 bji tomato muda ( tomato yang warna hijau orengy sikit)
  5. 3 sudu besar soso tiram, 5 sudu besar kicap manis, 1 1/2 sudu besar sos ikan, 1/2 cawan cili giling, 5 butir cili ap.

caranya..

tumis bahan tumis after 3 minit masukkan udang,ayam,sotong then goreng sehingga 5 minit. after that masukkan cili giling masak sehingga 3 minit. after that masukkan sos tiram n sos ikan dan perasa garam n gula. selepas 3 minit masukkan semua sayuran mula dengan carrot, kacang buncis n kobis bunga. tomato n baby corn di masukkan last sekali. selamat mencuba...

Thursday, February 19, 2009

MY PRECIOUS ANAK SEDARA...


Inilah 3 anak sedara kak E yang always make my days so colourfull. Sarah Irdina 8 thn, Allysa Irdina 3 thn and Sopia Irdina 2 thn.
Kakak,angah dan baby...panggilan manja kak E kat depa. Kak E ada sorang lagi anak sedara lelaki, Ikwan Naufal 3 thn..dok serdang. And coming soon akan tambah lagi 2, insyaallah bulan Julai ni.
3 anak dara ni lah yang rapat dengan kak E coz rumah kak E dgn rumah adik pompuan kak E ni dekat....selang 8 buah rumah je.
Yang si kakak tu dah bolah jadi escort Achaq dia ( depa semua call kak E achaq...org kedah call mak long ...mak chaq.) gi shopping.
Moga semua anak2 sedara kak E menjadi orang yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti...amin