Saturday, September 26, 2009

SYAWAL 1430HIJRAH...

mesti ramai yang dah kembali ke lubuk masing2 kan..almaklumlah cuti dah sampai ke penghujungnya. Kak E balik ke KL raya ke3 sebab adik kak E dah start keja 23hb so terpaksa la kak E beraya kat kl plak before start keja balik on 24hb tu. 22hb tu ingatkan tak ramai orang kat highway rupanya berdoyong2 keta sampai ada kalanya 4okm/jam je..R&R plak sesak ya rabbi...stesen minyak plak dari bkt gantang sampai lah ke behrang..bekalan air ada masalah. Tapi alhamdulillah kta semua selamat sampai dan selamat kembali sempena raya ni.
Apa2 pun meh la layan gambo2 rumah ayahanda & bonda kak E kat kg. Rumah kak E kat kg ni memamg mengadap sawah..or org utara cakap bendang...kalau datang musin berangin tu..aircond pun kalah tau. Balik kg ari tu..aktiviti makan kitaorg semua kat "open air" ruang dapur ni..mmg syok. ayah kak E sediakan 1 meja jepun then kitaorg semua dok bersila makan...best. Terlupa nak ambik gambar sebab asyik mahsyok makan... Dan gambo kat bawah tu la view yang akan kita mngadap bila lepak kat " open air" dapur rumah kg kak E....camne la makan tak bertambah seleranya...hehehe..



Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDIL FITRI 1430HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM.........KAK E MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA SAUDARA MARA, RAKAN SEKERJA DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..SEMOGA AIDIL FITRI TAHUN INI MEMBAWA BERKAT DAN RAHMAT. MOHON DIMAAFKAN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP. BERINGAT DAN BERHATI -HATI BILA MEMANDU....

Monday, September 14, 2009

SELEPAS 18 TAHUN.....

ASSALAMUALAIKUM...dah masuk 24 Ramadan ari ni. less than a week dah nak raya...time2 ni ramai kaun hawa sedang menurunkan skill membuat cookies kan hehehe. Kak E rasa dah more than 18 tahun tak buat biskut raya ni...tah apa angin datang tahun ni...tetiba nak buat biskut raya. Maybe sebab banyak resipi biskut dah senang di eksess di internet. ..or maybe ada blog dan berkobar2 nak masukkan gambar biskut raya hasil kerja tangan sendiri dlm blog.....jangan marahhh yek... apa pun yang penting kita bahgia dengan hasil kerja tangan kita...mcm kak E yang amatur ni...hentam saja. Dah dapat 4 jenis kuih raya. bak kata org buat hiasan meja je...tak meriah la kalau tak ada kuih raya kan. Kak E buat kuih yang kak E suka makan je..hahaha. ..dan yang penting bahan dia tidak melebihi 5 jenis dan senang pembikinannya...
Biskut dahlia, biskut nestum, biskut arab dan biskut badam...semua Kak E ambik resipi dari sifu2 yang femes tu. Biskut dahlia ni dari blog Cik Mat Gebu. Kalau tengok versi biskut dahlia yang CMG buat mmg biskutnye gebu mcm tuanya..tapi yg kak E ni...hehehe penyek semacam je..tapi sedapppppp...
Yang ni bukan biskut...ni namanya sambal jawa. Last 5 months ago, kak E ada upah sorang bibik cuci rumah so dia la yang ajar resipi ni. simple dan pedas menyengat tu yang best tu. Kak E buat satu bekas then hari2 kak E pulun. mcm sambal belacan kita la cuma yang ni di masak.
Resipi Biskut badam dan biskut arab ,gambar bawah ni dari blog kak hanieliza yang femes sekarang ni dengan buku masakan dia. kak E dah beli buku kak hanieliza ni...senang dan simple je resipi dia tapi paling penting sedap...so kepada bakal2 isteri boleh beli buku kak hanieliza untuk menambat hati bakal suami nanti...bakal suami pun boleh beli untuk menambat hati isteri gak....jangan ingat keja masak ni isteri je kena buat.....sok2 kalau isteri dalam pantang..boleh tolong masakkan untuk anak2 kan...berbaloiiiii

Monday, September 7, 2009

RAMADAN 17..

Assalamualaikum...minggu ni akan bertambah lagi la kemeriahan raya kan, sebab radio semua dah start on aired lagu2 raya. Pagi2 lagi ari ni dah dengar lagu raya kat HotFM...sayu pun ada..excited pun ada..macam2 la rasa yang datang time tu.Semalam kak E ada dengar ceramah selepas terawih kat tempat kak E..ustaz tu kata lagu raya yang sepatutnya di perdengarkan ialah TAKBIR RAYA...so dia pun alunkan takbir raya...menitis airmata semua jemaah yang ada kat situ...itulah lagu raya yang sebetulnya kan.... Ari ni saje la nak layan menu semalam...aceli dah 2 weekends kak E jadik bibik. Adik kak E letak anak dia sebab dia laki bini nak gi shopping raya. Bukan apa..bawa budak2 kat tempat awam pun sekarang ni too risky...so terpaksa le cari available bibik...hehehe. So menu semalam lebih kepada kids menu la...Nasi goreng kat atas tu untuk 2 anak sedara yang tak posa..si angah and phia..Pkul 12 dah minta nasi..cian plak. Lagipun senang je sebab dah ada SERBUK NASI GORENG AYAM ADABI...mmg teramat la senang nye..YANG PENTING SEDAP sebab almaklum lah kan posa tak boleh nak rasa..but thanks so SERBUK NASI GORENG AYAM...tak perlu nak rasa dah ..konfom sedap...
Piza ni untuk anak sedara yang sulung..sarah. Dia posa tak ponteng lagi..sebab nak kutip duit raya.Budak2 zaman sekarang mmg mata duitan betui..so Kak E amik resipi dari blog kak UMMI KUANTAN yang femes dengan lauk pauk yang sedap2 belaka. Cuma kak E simplifykan resipi doh dia guna roti,susu dan tepung..bahan yang adooo je....Nak try resipinya...
Bahan2
7 roti ( gardenia ke..apa2 ke tak kisah la..)
1 cup susu segar
2 cups tepung gandum
Bahan doh ni di campur dan di uli sampai jadik doh. kalau keras tambah susu sikit2. sapukan loyang dengan mentega..leperkan doh ikut ketebalan yang kita suka..
Bahan sos,
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
2 ulas garlic
1 s/b oregano kering
secubit lada hitam
1/2 kuib pati ikan bilis
1 cup sos spagetti
1 tin button mushroom - di hiris kepingan
bahan perasa - jika suka
olive oil untuk menumis..
blender bawangan n tomato, tumis bahan blender after 3 minutes masukkan bahan lain yang selebihnya. kacau hingga pekat. After that sapu sos pada doh..hiasan dengan crab stick,sosej, parmesan cheese..bakar 35 minit dgn suhu 190C..
Yang ni menu permintaan anak buah gak..apam balik so memandangkan semua bahan dah ada apa lagi..ur wish is my command...hahaha. Resipi dia teramat la mudah sekali...kena guna non stick kuali lagi senang...
2 1/2 cups tepung naik sendiri
1 biji telur
3 sudu gula - kak E guna gula perang.
1 1/2 cup air
topping
cream jagung - yg buat abc tu
gula n kacang tanah di goreng n di tumbuk - kak E guna kacang shandong yang di jual timbang tu..
guna sedikit magerin untuk leserkan pada kuali..then masak le dengan api slow..

Friday, September 4, 2009

KISAH SARDIN,TEH TARIK N SUSHI....


ASSALAMUALAIKUM....sekejap je rasanya masa berlalu kan. Dah masuk 14 ramadan ari ni. rasanya ramai la kaum hawa dah tido dengan buku resipi biskut raya kot..hehehe...termasuk la kak E. aceli entri ni saja nak layan menu berbuka kak E yang tak seberapa ni. lauk kerabu kacang botol n perut tu menu last week.

sardin roll ni menu semalam sebb kaciwa tak jumpa org jual sardin roll kat bazar ramadan tempat kak E ni. sepanjang ramadan dah survey ari2..tak ada gak org jual so semalam sambar je la dalam fridge apa yang ada. cuma kali ni kak E tak letak limau untuk hilangkan hanyir ikan sardin ni...kak E letak serbuk ketumbar,jintan putih dan jintah manis..so gamak nya nama menu ni SARDIN ROLL BEREMPAH le yek...hentam saja la...
Ni pun menu semalam...around noon semalam kak E kena gi batu caves so on d way balik tu singgah sekejap kat Giant batu caves..tetiba ternampak sushi ..teringin plak so grab je la. Tapi pengajaran....dulu kak E pernah sekali harung semua dalam pax ni..esoknya mata kak E bengkak sbb elegi..so semalam makan 3 ketui je..malam ni pulun lagi..dan seterusnya ..perabih mesti perabih pnye..hehehe
mmmmmm...ni la sebenarnya kenikmatan..hahaha. Teh tarik. Mmg dah bergelora jiwa sbb lama sangat tak pekena teh tarik ni. So mula pekena yang panas dulu then baru la taruk ais mcam kat bawah tu...Tarik punya tarikh..cecupuk je buihnye....layan je la..yang penting puas den dapat menikmati semua rezeki yang di beriNYA..alhamdulillah...