Thursday, November 5, 2009

HAPI BESDAY RAGIL...


Ari ni besday Ragil...pembantu am at ofis kak E ni. Dia ni pemalu orangnya tapi buat kerja cekap. so ari ni kitaorg pakat le buatkan majlis besday dia. So pagi2 tadi dah celebrate sebab 2 lagi mber ofis nak kena attend in house course. Kitaorg buat bubur lambuk sebab tetiba semua teringin plak nak makan bubur lambuk so kak E buatkan bubuqnya n chilled cheese cake with lemon (amatur version la....sebab tu based dia tak berapa menjadi...huhuhu) toping cake tu hasil keras tangan kak E..hehehe. Main taruk je apa yang ada dalm fridge tu. Gambo bubur lambuk dah terdelete la plak so bila nak ambik lain dah tinggal senduk ja..so meh layan chilled cheese cake ni ja lah.kalau nak resipi sila ke http://www.makan.cari.com.my/ ..tengok resipi kak hanieliza punya chilled cheese cake..kalau nak modify sendiri punya taste pun ikut suka lah.
Resipi bubur lambuk ni resipi yang simple je..ikut resipi masa kak E kerja partime kat Tadika kemas kat kg dulu ..hehehe,time dok tunggu result SPM... taruk serai, halia,kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih, sikit santan pekat (kotak pun boleh), kuib ikan bilis, serbuk jintan manis n serbuk ketumbar, daging cincang ( bukan minced, kak E tak suka minced beef, elok beli daging or ayam then kita cincang sendiri) . Tak payah nak tumis2..masakkan nasi sampai hancur ( guna air banyak) mula2 masukkan serai n halia ( di ketuk kasi dia pecah2 sikit) kulit kayu manis, bunga lawang n cengkih, daging cincang. biarkan mendidih sampai nasi tu jadi bubur then baru masuk santan..perasakan dengan kuib ikan bilis, garam, serbuk jintan manis n ksetumbar...wallllaaaaaaa dah siap bubur lambuk simple...nnti kalau dah try bolehkasi komen yeeee...

Tuesday, November 3, 2009

FRUIT TARTLET, JEMPUT BILIS CHEESE N MAKAN KENDURI

Ni gambo syok sendiri...hehehe. Ari ahad lepas kak E n mber ofis (3 org tu) berkonvoi gi makan kenduri kat shah alam. sampai je kat situ, kenduri nya kat area muzium sultan alam shah..sempat plak kami berpose depan stesen ketapi lama kat situ.Segan la gak nak letak gambo sendiri kat blog ni tapi mber kak E ( yg baju putih tu..) beria-ia nakkan kak E posted dlm blog kak E gambo ni.so untuk tidak menghampakan permintaan kawan...kak E posted le gambo we all ni..mcm budak sekolah masa lawatan gi muzium kan...sakan bergambo..hehehe.Bole teka la yang satu satu kak E kan...takan tak bole teka yang mana satu anak dara yang mana satu mak dara...aduhai kalau silap teka tu..sabaq je la...
balik kenduri tu sampai rumah dah pukul 4 ptg..sebab on the way balik tu singgah di Tesco extra sekejap. Hujan lepat sampai senja so perut pun mula lah buat arrangament orkestra dia..tengok dlm fridge ada bilis & parmesan cheese so bancuh la adunan jemput bilis n cheese. Boleh tahan sedap gak ( masuk lift tekan sendiri lahhhh..hahaha) ..esoknya kak E goreng lebihan adunan tu pagi2 then bawa ke ofis..abis dan mber ofis kata sedap...Nak resipi senang ja tepung gandum,tepung naik sendiri, kan bilis, serbuk cili, parmesan cheese, garam, gula, daun sup, bawang. Tepung gandum mesti lebih dari tepung naik sendiri dalam nisbah 1:2. CUBA LA...MEMANG SEDAP
Yang ni plak hasil deco anak sedara kak E (gambo kat bawah). kak E buatkan pastry cruz dia then depa pun pulun la buat deconya..anak sedara kak E dok request nak makan fruit tartlet ni sejak dia pekena 5 biji starwberi tartlet kat Cameron Highland ari tu. Kak E pun terkejut tengok dia makan sampai 5 biji.Rupanya adunan pastry ni sama mcm adunan nak buat samperit ...so untuk lebihan doh pastry ni kak E buatkan samperit...saja nak lepas gian biskut raya..hehehe.

Monday, October 26, 2009

JALAN JALAN MAKAN KEK....

Semalam ...actually tengah malam tadi, kak E pulun buat kek Carot yang kat bawah ni. bukan apa dah janji dengan member ofis nak bawakan ari ni. So subuh tadi pulun gak membeating cream cheese untuk toping sebab member ofis request nakkan kek dengan toping cream cheesenya sekali. So tadi dah selamat la membahagikan kek ni pada semua member ofis..puas hati sebab dapat fulfill request org...kalau tak rasa mcm berbelah bahagi sebab org berharap pada kita. Yang coklat kek tu ari jumaat punya..anak sedara yang request. dia nak donat dan coklat kek..yang dapat kek coklat je sebab dah tak sempat nak buat...tapi kek ni buatan amatur la...so tak le cun mcm chef2 yang lain..heheheh..so apa lagi jom le kita baham......

Tuesday, October 20, 2009

SEJENAK MERENUNG.....

For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being

Monday, October 19, 2009

RESEPI SIHAT...

Minggu lepas dok jengok2 blog sifu memasak yang femes tu..Kak Hanieliza hanieliza@blogspot.com, terpandang la resipi gulai ayam jus tomato. Resipi Kak liza ni simple2 je dan menyelerakan tanpa menggunakan santan ,Kak E pun try la..mmg sedap dan yang penting ianya sihat. So semalam masa g shopping kat giant kota damansara terjumpa plak roti baget wholemil apalagi sambar le satu..so pagi ni breakfast kita baget dengan gulai ayam jus tomato ..jom makan..

Friday, October 16, 2009

DAH MAI DAH MOOD MEMASAK...

Walaaaa.....tu dia dah mai dah mood memasak kak E..hahaha. BUTTER CAKE WITH CREAM N STRAWBERI.....Semalam walaupun sampai umah pkul 6.30pm sempat lagi menunaikan impian anak sedara kak E yang nakkan kek strawberi. Tula org tua2 kata di mana ada kemahuan di situ ada jaan...heheheh. Actually premix butter cake mmg dah ada sebab time posa ari kak E terbeli 2 pack so bila dah ada premix cuma kena tambah telur, butter n esen vanila then di ovenkan. Anak sedara kak E ni request tart strawberi n moist coklat cake but sorry lah my darling ni je yang sempat buat. deco atas kek dia yang buat sebab dah excited ... katanya nak bawa ke sekolah nak makan dengan mber2 dia. Kak E buatkan buttercream and ada plak lebihan coklat rice so taburkan je. Strawberi tu yang anak sedara kak E petik di CM ari tu. Ada 2 box lagi..tapi nampak macam nak kena abiskan gak minggu ni kalau tak mmg kena buang je..so layan la gambo kek tu ye...

Thursday, October 15, 2009

BROKOLI ,CHEESE N BREAD PUDING

Asalnya dari resipi bread puding tapi kak E tambah le tuna,cheese dan brokoli..ala- ala nak jadikan resipi yang sihat ke kononnya. Lagi pun kak E beli brokoli kat Cameron ari tu dekat 3 kilo..hahaha so menu selepas ni kalau tak brokoli ...strawberi...or baby kailan..or zukini...hahahha...2 minggu vegetarian le..so layan la resipi ni ya.. gambo puding sebelum d ovenkan..gambo selepas di ovenkan tak sempat nak ambik...abis licin..hehehe..
bahannya;
1.Roti gardenia 8 keping ( kalau loyang besar ..byk le rotinya) roti ni buang kerak tepi dia dan susun di dasar loyang. loyang di sapu dgn butter earlier.

2.untuk bahan kastard; 3 cwn susu segar, 1 cwn whipping cream, 3 biji telur, 1 tin tuna ( tuna in water), sedikit lada putih dan lada hitam, sedikit garam, brokoli. semua bahan kastard di masukkan dalm food processor..mix it together.

3.susun roti then tuang kastard then susun roti then tuang kastard. Bakar selama 45 minit with 220C. Makan dengan sos cili or sos tomato...