Saturday, February 28, 2009

BAHANA BANGUN LEWAT....


Ari ni ada jemputan gi kenduri kahwin adik member ofis. so kita org semua sepakat nak konvoi after keja pukul 1 nnti.
Nak jadik citer..kak E tertido lepas solat subuh then nasib baik tersedar pukul 7.45am...apa lagi punya la kelam kabut sampai iron kain baju kurung boleh terbakar kat bhg bawah kaki tu...
wwwaaaaaaa...dah le baju kesayangan plak tu.
pakai jugak le sbb dah kesuntukkan masa.
Pengajaran.... sterika baju sebelum tido bukan selepas bangun dan tgh mamai...huhuhukkkk.

Thursday, February 26, 2009

KOLEKSI PIC MY PRECIOUS ANAK SEDARA...


sorang lagi my precious anak sedara.. anak adik kak E yang dok serdang tu. Ni muka tak bersalah dia lepas dia conteng dinding rumah kak E yang baru je di cat baru...sabar je la.
Kalau dah anak sedara cute muet...cuba bayangkan mak sedara dia camne...fuyyoooo. Toksah cakap la..hahaha. Masa kocik mmg le cute muet. Dah tue2 ni malas nak cakap le...layannnnn je laaa...

Tuesday, February 24, 2009

Masak lemak kulat sisir...






ni last week punye lunch menu. minggu lepas singgah di Pasar Tani, ada plak jual kulat sisir ni. Mmg faveret kak E ni. Ingat lagi dulu masa kocik2 selalu gi cari kulat sisir kat kebun getah aruah moyang di Jitra tu. Sekarang kebun getah tu dah jadik jalan raya n kawasan perumahan. semua memori zaman kecik2 dah hilang di telan pembangunan...sedih gak le.


Ada org kata pesakit kanser tak boleh makan jenis2 cendawan or kulat tapi so far kak E belum terbaca lagi artikel about that. yang kak E tau cendawam shitake baik sebagai anti oksidan. Yang penting for cancer patient is to control stress level. Jangan suka fikir perkara yang merunsingkan fikiran. Jangan berdendam, jangan simpan perasaan hasad dengki.. tu yang di maklumkan kepada kak E oleh seorang bekas pesakit kanser.

Actually itula yang di tuntut oleh ugama Islam pun..bersihkan jiwa raga dari semua perasaan kotor. Selalu bersangka baik terhadap insan lain. Moga kita di limpahi rahmat dan di berikan rezeki untuk menyintai Yg Esa..amin

Friday, February 20, 2009

papriks seafood..












bahan masakan ini untuk 4 org makan. Bahan tumis,

  1. 1 labu bawang besar di hiris.
  2. 3 bawang putih di cincang.
  3. 2 btg serai di ketuk.
  4. 3 helai daun limau purut.
  5. 1/2 cawan minyak untuk menumis.

bahan untuk rencahya;

  1. 10 ekor udang sederhana besar.
  2. 3 ekor sotong saiz L ( kalau sotong yang saiz kocik kena guna banyak sikit leee..)
  3. 2 ketul dada ayam. di potong kecik2.
  4. 2 btg carrot, kobis bunga, kacang buncis, cili cameron (capsicum) dan baby corn & 2 bji tomato muda ( tomato yang warna hijau orengy sikit)
  5. 3 sudu besar soso tiram, 5 sudu besar kicap manis, 1 1/2 sudu besar sos ikan, 1/2 cawan cili giling, 5 butir cili ap.

caranya..

tumis bahan tumis after 3 minit masukkan udang,ayam,sotong then goreng sehingga 5 minit. after that masukkan cili giling masak sehingga 3 minit. after that masukkan sos tiram n sos ikan dan perasa garam n gula. selepas 3 minit masukkan semua sayuran mula dengan carrot, kacang buncis n kobis bunga. tomato n baby corn di masukkan last sekali. selamat mencuba...

Thursday, February 19, 2009

MY PRECIOUS ANAK SEDARA...


Inilah 3 anak sedara kak E yang always make my days so colourfull. Sarah Irdina 8 thn, Allysa Irdina 3 thn and Sopia Irdina 2 thn.
Kakak,angah dan baby...panggilan manja kak E kat depa. Kak E ada sorang lagi anak sedara lelaki, Ikwan Naufal 3 thn..dok serdang. And coming soon akan tambah lagi 2, insyaallah bulan Julai ni.
3 anak dara ni lah yang rapat dengan kak E coz rumah kak E dgn rumah adik pompuan kak E ni dekat....selang 8 buah rumah je.
Yang si kakak tu dah bolah jadi escort Achaq dia ( depa semua call kak E achaq...org kedah call mak long ...mak chaq.) gi shopping.
Moga semua anak2 sedara kak E menjadi orang yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti...amin

cream craker pie...






minggu ni minggu terapi memasak untuk kak E. ini lah cream craker pie inspirasi dari resipi mamafami. Kalau dah datang kerajinan yang melampau ni..jangan di tegur kata bonda kak E. layan je la. Budak2 ofis kak E dah faham bebenor dgn perangai kak E. Depa normally enjoy makan je apa yang kak E masak ni..kalau tak sedap depa Bagitau ..kalau sedap depa pulun sampai abis.So ni lah bahannye... intinya

  1. 1 bungkus mix veg, 2 btg carrot n 3 biji kentang (medium size). carrot n kentang di potong dadu kecil2.

  2. isi ayam di hiris kecil2. Bawang besar 2 biji, bawang putih 4 ulas . kedua2 bawang di cincang dadu.

  3. 1/2 cawan unsalted butter & 1/2 cawan minyak zaitun ( apa2 minyak pun boleh guna).

  4. 3 sudu besar lada hitam yang di tumbuk kasar. 1/2 cawan whipping cream. 2 sudu besar stok ayam. garam n gula secukup rasa.

caranye;

panaskan minyak dengan butter. then tumiskan daging ayam n kedua2 bawang cincang. lepas 3 minit masukkan kentang n carrot. kacau pastu tambahkan 4 cawan air. biar masakan mendidih sampai kentang lembut. kalau kentang masih keras lagi tambahkan air.

Bila kentang dah lembut masukkan lada hitam,sos tiram n stok ayam, kacau. Then lepas 3 minit masukkan mix veg n whip cream. perasakan dengan garam n gula. ketepi.

      untuk membuat lapisan cream craker;
    1. 1 bungkus cream craker munchy.

    2. 1 cawan santan harmuni di didihkan dengan 2 cawan botol susu uht (low fat). setelah mendidid, rendam cream craker ke dalam adunan ini jangan sampai hancur semua...rendam ala2 bagi dia lembut sikit tu....
    3. Then susun cream craker tu dlm loyang yang telah di sapu dengan butter. susun lapis by lapis selang seli dengan intinya.
    4. then bakar for about 40 minit dgn suhu sederhana. ( 190 - 220)
    5. selamat mencuba...

    Wednesday, February 18, 2009

    2 DIVA GEBUS.....


    lihat lah dunia....ahaks. Besfren kak E, chieflije posing sakan sebelah azwan ali. Kak E tukang ambik gambar nye..hehe. Terima kasih le pada Azwan Ali atas layanan mesra di majlis besday dia. Pandai dia layan peminat dia. Kak E tabik la kat azwan ali...tak sombong. Happy besday azwan ali yang ke43..moga di murahkan rezeki dan di limpahi kesihatan yang baik..amin. Mmg happening abis besday party azwan ali malam tu..tapi kak E n chieflije kena balik awai malam tu ada hal lain plak. syok tau dapat jumpa ramai artis2 kita. Tapi kak E tak bergambar dengan sapa2 pun kat situ..seronok sampai lupa nak ambik pic dgn artis...sabooorrrr je la.